BAB 10

Romance Completed 6833

25/01/07

Hari nie aku berjumpa Lelaki.Meluahkan perkara yang harus diluahkan,mengakhiri perkara yang harus diakhiri,memutuskan apa yang telah terputus.Dan….aku berjaya mengakhiri kisah ini.Terkesan riak terkilan di wajahnya,tapi apa yang aku fikirkan hanya satu yang aku dan dia dah tidak ada hubungan yang istimewa lagi.

02/02/07

Dah seminggu aku mendiamkan diri.Jangan cari diri ini lagi Lelaki.Aku harus pergi.Lelaki menelefon ke rumah,mujurlah mama berkompromi dan mengatakan yang aku dah lama tidak balik ke rumah. Mama..mama dah tau mengenai hal ini…dia terkejut,tapi dia seorang yang tabah,aku tau…dengan pemergian papa lama dahulu,aku tau yang mama akan dapat terima kenyataan ni.Memahami hakikat bahawa aku menghadapi takdir hidup yang sama dengan papa.

13/02/07

Esok birthday aku..aku teringat janji Lelaki untuk membelikan teddy beardan membawa aku jalan-jalan ke Cosmo World. Sebenarnya hati ini rindukan dia,Lelaki.

Ternyata dia masih sayangkan aku….masih rindukan aku,masih ingin dicintai dan disayangi oleh aku.Sayang…kenapa abang tak nampak kasih sayang yang sayang curahkan.

Lelaki membelek-belek diari di tangannya…..em hari nie 14/02/07.Birthday Gadis,aku ingat…rupanya lelaki yang menemaninya ialah doktornya,Encik Rizal.Gadis maafkan abang sayang….

Lelaki ingin sekali menggenggam tangan Gadis,mencium tangan lembut tue,sesuatu yang sangat dirinduinya,sesuatu yang sangat dikesalinya sekarang ,kerana tak pernah bersyukur pada kasih yang diberikan oleh Gadis.

Lelaki berteleku di tepi Gadis,air matanya perlahan mengalir di pipi.

“Gadis kenapa abang tak nampak pengorbanan Gadis? Kenapa abang terlalu mengikut perasaan hati? Siapa yang lebih menyayangi abang tanpa pernah berkira mengenai perkara-perkara lain? Kenapa abang buta dengan paras dia? Pekak dengan rayuan Gadis? Kenapa abang keliru dan bisu dalam memilih orang yang abang sayang? Kenapa abang Gadis? Kenapa abang tak dapat memiliki Gadis dulu dan sekarang pun tak boleh? Gadis…

Teresak-esak Lelaki menangis,runtuhnya ego seorang lelaki,melihat permata hati yang baru disedari terbujur lemah,baru dia mengerti erti kasih dan sayang,tapi dapatkah dia menebus kesilapannya? Setelah apa yang telah berlaku

Gadis berasa seperti ada beribu-ribu jarum sedang menyucuk-nyucuk tubuhnya,sakit,kebas,tak mampu dia untuk membuka mata,walaupun dia berusaha sedaya upaya.Terasa seperti ada kehadiran seseorang disisinya,dan dia berasa seperti pernah berada dekat dengan orang ini,bau perfumenya,mengingatkan dia pada Lelaki….dia berusaha lagi,perlahan-lahan,melawan kesakitan yang dirasai,dan apabila dibuka terserlah wajah Lelaki yang lesu,sedang tidur,berteleku.

Gadis berusaha untuk menggerakkan tangannya,berusaha dan sangat teringin nak membelai rambut hitam berkilat milik Lelaki,sesuatu yang sangat digemari oleh Gadis,dan apabila disentuh,sudah tentu reaksi Lelaki ialah menyeringai kegelian.

Gadis berusaha dan akhirnya dia berjaya,menyentuh rambut Lelaki…dia membelai,perlahan-lahan,tanapa dapat dikawal air matanya mengalir,betapa sukmanya begitu merindui seorang insan bernama Lelaki ini,betapa dia ingin disayangi oleh Lelaki ini,hanya ini tiada yang lain.Gadis menjamu matanya dengan tampang Lelaki,insan yang pernah bertakhta dihatinya dan sekarang pun masih bertakhta,tak pernah berubah….tak pernah berganjak.Lama dia merenung wajah itu,hidung mancung Lelaki,kumis yang sudah mula tumbuh melata,alis mata dan tangan kekarnya yang menggenggam erat jemari Gadis.Abang…Gadis rindu…..

Lelaki tersedar dari lenanya,dia terasa geli,terasa tangan lembut yang sangat dirinduinya,terasa sesuatu yang menusuk-nusuk dalam hatinya,betapa dia sangat merindui pemilik tangan ini.Perlahan Lelaki membuka matanya.Gadis….abang rindukan sayang…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience