BAB 5

Romance Completed 6833

“Its ok,takpe,” Gadis buat muka cemberut.

“Sebab tue la saya nak Gadis rajin-rajin makan ubat,buat treatment tau,”

“Insya Allah doc,”

“Ok good girl,dah kemas-kemas la nanti nak balik rumah,”

“Ok doc,”

Sayang,sayang pergi mana….abang menyesal tinggalkan sayang….Gadis please….jangan buat abang macam ni,abang buta dengan cinta abang pada Gadis. Abang anggap Gadis sebagai penghalang kepada kasih sayang pada dia, tapi abang terkhilaf Gadis,rupanya dialah penghalang kasih sayang abang pada Gadis.Dia menipu abang Gadis,dia hanya ingin mengikis duit yang dimiliki oleh abang.Gadis..tolong lah kembali pada abang.

Aku cuba menelefon kawan-kawan Gadis di kolej dan aku mendapat berita yang mengejutkan. Gadis telah berhenti daripada pengajiannya di kolej.Perkara ini mengejutkan aku kerana Gadis bukanlah berasal dari keluarga yang miskin,keluarganya agak berada dan dia hanya anak tunggal.Kawan-kawannya juga tidak mengetahui di mana Gadis sekarang,kerana dia menghilangkan diri sejak berhenti dari kolej.

Kemana dirimu sayang,kenapa buat abang macam ni.Kenapa sayang membisu macam ni.Kenapa sayang melarikan diri.Sayang…….

“Ting tong…”

“Gadis tolong tengok siapa yang datang?”

“Ye mama”

Pintu dikuak,

“Assalamualaikum,”

“Walaikumsalam,eh,doc,”

“Siapa Gadis?” mama bertanya dari dapur.

“Doktor Rizal mama,”

“Oh…jemputla masuk …”

“Ye ma,”

“Sape yang jemput Doktor Rizal ma?”

“La…mama yang jemput Rizal,”

“Eh…baik la pulak,”

Mama tergelak, “La..kan hari ni birthday Gadis,mama jemput Rizal datang lunch kat rumah,”

“Um…jemput makan je ke…mana hadiahnya..”

“Isy..Gadis nie..” mama cuba mencubit mulut Gadis.Gadis hanya tergelak melarikan diri.

Rizal tergelak, “Ada Gadis,cuba tengok kat luar,” Gadis tersenyum dan berlari keluar.

“Wah…besarnya!!!” Gadis tergelak riang,betapa manis wajah gadis ini,sambil memeluk teddy bear yang hampir sama besar dengannya itu,dia menghampiri Rizal dan mama.

“Um…lembutnya..thanks doc,”

“Abang Rizal Gadis…Abang Rizal.”

Gadis menepuk dahinya, “Aik sejak bila pulak jadi abang nie,” Mereka tergelak bersama-sama.

Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh mama,Gadis berselera menikmati hidangan,mama dan Rizal tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience