BAB 12

Romance Completed 6833

Melihat Gadis yang terbaring lemah,berselirat dengan wayar-wayar penyambung nyawa,mendengar bunyi mesin bantuan pernafasan yang berdetak…hatinya sayu….

“Sayang….” Lelaki menyeru nama itu,Gadis tenang,Lelaki memegang tangan itu,sejuk,pucat. “Sayang,jangan tinggalkan abang boleh tak?” Tiada jawapan,sunyi,hanya keheningan mengisi suasana.Perlahan Lelaki mengeluarkan surah Yassin dari poket

kemejanya.Dia membacakan Gadis surah itu disepanjang malam itu,tak tega dia untuk meninggalkan Gadis walau untuk sekejap,tak sanggup lagi dia.

“Lelaki,pergilah balik,mandi,salin baju,makan,”

“Takpelah makcik,saya ada bawak baju ganti,saya puasa makcik,”jawab Lelaki sambil menghamparkan sejadah,dia ingin solat dhuha,masih disisi Gadis.

“Kalau boleh saya nak Gadis lihat wajah saya bila dia sedar nanti,”

Sayu hati mama apabila mendengar kata-kata Lelaki,insan yang baru menyedari cinta sejatinya,kejamkah takdir? Jika memisahkan cinta ini…

Selepas menunaikan solat,Lelaki memperdengarkan Gadis bacaan ayat Al-Quran sambil berdoa supaya jika Tuhan ingin mengambil Gadis pergi,semoganya ianya akan berlaku dengan cepat,tanpa menyakitkan Gadis,tapi jika belum tiba masanya,semoga Tuhan menyembuhkan dia dari penderitaan yang ditanggung.

Beberapa kali Lelaki tesedu-sedan apabila membaca Al-Quran,terhenti-henti sambil air matanya menitis.Dia mencuba untuk meredakan hatinya,cuba berpositif,walaupun dia tahu yang sebenarnya Gadis benar-benar kritikal.Dia juga bercerita mengenai kisah-kisah mereka,kisah seribu kenangan.

3 hari sudah Gadis dalam keadaan koma,tiada sebarang perkembangan yang positif hanya statik dan tak berubah.Tak jemu-jemu Lelaki membacakan Al Quran dan bercerita kepada Gadis.Dia bekerja daripada bilik wad itu,teganya dia untuk tidak meninggalkan Gadis walau seketika,itu janji dia.Dan bila mama bertanya dia cuma menjawab pendek, “Saya tak mahu kehilangan dia lagi,”

Khusyuk,Lelaki baru menghabiskan bacaan surah Yassin di tepi Gadis.

“Abang..”perlahan suara itu dari dada.Lelaki terkejut.

“Sayang,”pantas Lelaki bangun dan mencium dahi Gadis,dia memanggil Rizal,mama pun turut sama masuk,perasaan berbaur,antara gembira dan cemas.Mereka memberi laluan kepada Rizal untuk membuat pemeriksaan.

“Sebenarnya…Gadis berada dalam keadaan yang sangat kritikal,sistem badannya semakin lemah,kita berserah saja pada Tuhan,ye mak cik?” Mama hanya mengangguk dan Lelaki tersandar di pintu.

Apabila mereka masuk ke bilik yang menempatkan Gadis,Gadis sedang tersenyum.

“Mama,abang…”lemah suaranya tapi jelas.

“Mama terima kasih,abang terima kasih,”ucap Gadis.

“Kenapa Gadis?”serentak mereka bertanya.

“Gadis dengar mama dan abang bacakan Quran untuk Gadis,”mereka serentak mengangguk.

“Ma…”

“Ye sayang…”

“Tadi Gadis jumpa papa,”

“Gadis?”

“Papa ajak ikut dia,”

“Gadis?”

“Gadis setuju,Gadis tak mahu susahkan mama,Gadis sakit,Gadis perlu pergi,”

“Gadis….”perlahan air mata mama mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience