BAB 11

Romance Completed 6833

Mereka berdua terpaku,saling memandang diri masing-masing degupan jantung berdetak kencang,kalaulah kata hati dapat didengar,hanya suara rindu yang sedang bergema.Perlahan Lelaki bangun dan duduk disebelahnya,Gadis tidak menunjukkan sebarang reaksi.Perlahan Lelaki mengangkat kepala Gadis dan menaikkan keatas pahanya,tanpa sedar air mata mereka menitis dan bersatu.

“Gadis…” perlahan Lelaki menyebut namanya,bergetar suara itu,getar penuh kerinduan,dendam dan kasih sayang.Gadis hanya membisu.

“Gadis….” sekali lagi Lelaki memanggil dan mengusap kepala Gadis,air matanya mengalir lagi apabila di tapak tangannya,segumpal rambut Gadis.

“Gadis….maafkan abang sayang…”Lelaki berbisik di telinga Gadis.

“Untuk apa…..” lemah pertanyaan Gadis.

“Untuk segalanya sayang,kasih sayang Gadis,kerinduan Gadis,perhatian Gadis,maafkan abang sayang,tak menyintai Gadis sepenuh jiwa abang,” Tak henti-henti Lelaki mencium dahi Gadis sambil air matanya laju menitis.

“Abang jangan la menangis,buruk….” Gadis bersuara sambil cuba mengesat air mata Lelaki,Lelaki tersenyum sambil mencium tangan Gadis.

“Takpe…asalkan Gadis jangan tinggalkan abang lagi,” Gadis hanya tersenyum tawar,takdir Tuhan siapa yang tahu.Lelaki membelai kepala Gadis,air matanya masih saja lagi mengalir,sambil tak putus-putus mencium tangan Gadis…betapa dia tak mahu lagi kehilangan Gadis.

Disebalik pintu ada dua insan yang turut sama menitiskan air mata,mama dan Doktor Rizal.

“Abang,”

“Ye sayang,”

“Abang kena kumpul duit tau,”

“Kenapa lak?”

“Yela skarang kan belanja kahwin mahal,”

“Hm? Abang nak kahwin ngan sape? Ngan Gadis?”

“Taklah,”

“Bis tue?”

“Em…nanti bila abang dah jumpa wanita yang sesuai dengan abang ,abang kahwin la ngan dia,”

“Abang kan dah ada Gadis…”

“Gadis? Hm….”

“Kenapa tak boleh?”

“Gadis takut tak sempat nak hidup bersama dengan abang,”

“Syh…Gadis,tak nak cakap camtue,tak baik,takdir Tuhan tiada siapa yang tahu,hidup mati,jodoh pertemuan,”

“Nanti bila Gadis dah tak ada,abang bacakan Yassin untuk Gadis ye bang,”

“Ye sayang, Insya Allah,” bergetar suara Lelaki menahan sebak di dada.

Gadis semakin sihat,berselera nak makan,nak keluar bersiar-siar kat taman,mereka sangat gembira melihat Gadis riang dalam waktu-waktu kesengsaraan ini.

Tapi waktu kedukaan tiba juga,janji Tuhan tak pernah terlewat walau sedetik…..

Selesai menunaikan solat Isyak,Lelaki bercadang untuk solat hajat,usai dia berdoa dan bangun berdiri,seorang jururawat menghampirinya,dan membawa berita,Gadis kritikal!

Lelaki dengan pantas ke CCU,melihat mama yang tersandar lemah di kerusi,Lelaki menghampirinya,mama hanya tersenyum tawar, “Janji Tuhan tak pernah lewat Lelaki,” mama bersuara.Gadis kritikal kerana terdapat pendarahan pada bahagian otaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience