BAB 8

Romance Completed 6833

04/05/06

Hari nie birthday Lelaki tapi aku tak dapat luangkan masa dengan dia.Minggu nie aku terlalu sibuk dengan assignment.Terkesan keluhan kecewa apabila aku menelefonnya dan memberitahu yang aku tak dapat menemaninya pada hari jadinya. Maafkan sayang bang…

30/08/06

Hari ni aku sibuk,malamnya di kolej ada sambutan kemerdekaan.Tambahan pula dengan handphone yang rosak,dah seminggu aku tak menghubungi Lelaki. Ah,takpelah taulah dia yang aku tengah sibuk sekarang.Hm… tapi rindu jugak hati nie,nape dia tak cari aku ek? Persoalan bertamu di hati.

04/09/06

Cuti hujung minggu dah lama betul aku tak balik rumah,sibuk sangat dengan kuliah an acara-acara di kolej.Mama umpan aku dengan cakap yang dia nak masak sedap-sedap,tapi rupa-rupanya mama belikan aku handphone baru,huhuhu…3G gitu.

05/09/06

Semalam dia menelefon,petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar,berhajat untuk mengubati rindunya.Aku tau yang dia sibuk,kerja,over time,tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran.Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi.Apa salah aku,kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki sanggup awak?

Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja.Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini,buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.

06/09/06

Hari nie aku terbangun dengan mata yang agak sembap.Hm…lemahkah aku hanya kerana sebuah cinta? Mama betanya padaku kenapa aku murung,aku hanya tersenyum dan berkata bahawa aku bermimpi ngeri.Tapi hidup mesti diteruskan,aku belum clash dengan dia,tapi…apa nama hubungan ni ek,cinta segi-segi ke? Huhuhu….

21/09/06

Tadi dia menghubungi aku dan mengajak aku keluar,aku keberatan nak keluar bersamanya,buat apa berjumpa jika hanya untuk menyakitkan hati..Tapi dia lebih pandai dari aku,sebelum dia menelefon aku,dia telah menghubungi semua kawan-kawanku,malah mama juga turut diberitahu dan akhirnya aku terpaksa mendengar bebelan mama yang membuatkan aku terpaksa bersetuju.

Lelaki membawa ’cheezy wedges’ kesukaan aku dan kami melepak di Taman Tasik Permaisuri melihat kanak-kanak yang bermain riang membuat aku terhibur.Aku terkesan dengan wajahnya yang sugul dan tak terurus.Berbeza dari kebiasaannya yang bergaya.Dia bersuara,bercerita mengenai bahawa dia telah ditinggalkan oleh perempuan itu an perempuan itu sebenarnya tunangan orang. Perkara yang paling mengejutkan aku ialah perempuan itu rupanya lebih tua daripada dia,26 tahun.Aku tak memberikan sebarang komen,malas…biarlah dia seorang yang menanggung kesakitan tue,dia yang nak sangat cari penyakit.Selepas meluahkan segalanya aku meminta dia supaya menghantarku pulang.

30/09/06

Dia kembali seperti biasa,orang sekeliling memandang kami sebagai pasangan yang bahagia,sangat bahagia.Tapi apa yang ada dalam hati? Tiada orang yang mengerti betapa berat hati ini menanggung.

15/10/06

Dah tak lama menjelang ulang tahun perkenalan kami,aku bercadang nak belikan sesuatu untuk dia,tapi masih tak tahu lagi.Hm…dah setahun kami berkenalan.Banyak sangat barang yang boleh dijadikan hadiah dan akhirnya aku memilih untuk membelikan dia I pod sesuatu yang sangat diingininya sejak dari dahulu lagi.Aku memilih warna hitam yang lebih sesuai dengan personalitinya.

26/10/06

Hari ni genap setahun perkenalan kami,tak disangka perjalanan kehidupan yang tak disengajakan menjadi sejauh ni,seindah ini. Indahkah? Hahaha….hanya Tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience