BAB 3

Romance Completed 1737

Apa yang aku harus buat sementara menunggu dia? Oleh kerana tekakku berasa haus, maka aku buat keputusan untuk pergi minum di sebuah gerai berhampiran.

Tekak yang kering terasa lega apabila dibasahi air. Sambil minum aku termenung.

Masih terkesan dengan pertemuan dengan Rafi sebentar tadi. Aku ralat kerana dia berlalu begitu sahaja sedangkan ada banyak persoalan yang aku mahu rungkaikan.

Aku mahu tanya ke mana dia menghilang selama ini? Dan mengapa dia menggantung cintaku begitu lama tanpa kepastian. Kerinduanku padanya tidak tertahan sampai aku tutup semua pintu hati aku buat lelaki lain yang cuba menagih cinta daripadaku.

Sungguh, aku cintakan dia. Dapatkah dia rasa semua perasaan aku terhadapnya? Seingat aku, dahulu dia juga pernah menyatakan hal yang sama kepadaku. Namun kalau benar dia cintakan aku, mengapa dia pilih perempuan lain dan bukannya aku?

Bunyi mesej masuk menyentak khayalanku. Aku tunduk baca.

Katrina, saya mungkin lambat sikit. Boleh awak tunggu sekejap?

Aku mengeluh. Ini yang aku tidak suka. Ada kerja tetapi beria-ia hendak tolong aku. Bukankah menyusahkan diri sendiri.

Tak payahlah, Ajib. Susahkan awak je. Saya boleh balik sendiri. Buatlah kerja awak.

Mesej ku hantar. Aku harap dia akur dengan permintaan aku. Tidak lama kemudian, ada mesej masuk lagi.

Awak jangan balik dulu. Tunggu sampai saya datang. Saya janji saya akan datang cepat-cepat.

Aku mengeluh lagi. Kenapalah Ajib ni degil sangat? Aku bukannya tidak tahu balik sendiri. Disebabkan malas hendak bertekak, aku biarkan sahaja mesej itu tanpa ada perasaan ingin membalas. Entah berapa lama lagi aku akan tersadai di terminal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience