BAB 1

Romance Completed 1745

Baru sahaja aku tiba di terminal ini lantas mataku yang sedari tadi meliar mencari kelibatnya bertemu dengan pemilik wajah yang ku rindui. Aku jadi kaku, keluh untuk berbicara.

Wajah yang sudah lama tak ku lihat sejak kali terakhir dia pergi tanpa sebarang ucap selamat tinggal kini muncul. Aku sama sekali takkan lupakan pemilik wajah ini.

“Katrina.”

Aku nampak bibir dia bergerak menyebut nama aku walaupun aku tidak dengar suaranya. Aku gembira kerana dia masih ingat nama aku. Itu bererti dia tidak lupa siapa aku.

Aku ingin meluru ke arahnya namun hasrat itu terhenti apabila aku lihat ada seorang perempuan lain terlebih dahulu menghampirinya dan mengucup mesra tangannya. Sekali lagi aku terkaku.

Meski jauh namun aku lihat dia berlalu bersama perempuan itu. Jadi aku dapat membuat kesimpulan bahawa kemunculannya di terminal bas itu disebabkan ingin menjemput perempuan tersebut. Ya, hati aku remuk.

Aku berjalan longlai ke arah bangku di Platform 4 dan duduk di situ memerhati gelagat manusia yang bermacam-macam ragam. Telefon yang berbunyi kuat kemudiannya menyedarkan aku dari lamunan. Ajib. Tertera nama itu di skrin.

Aku mengeluh. Sejak bas bertolak dari Kemaman sehinggalah ke Kuala Terengganu, dia asyik SMS aku bertanyakan tentang perjalananku. Namun dalam berbelas-belas mesej yang dihantar olehnya kepadaku hanya satu sahaja yang aku balas.

Aku sebenarnya berasa rimas dengan perhatian dia. Aku ini bagaikan budak kecil yang tidak tahu berdikari sahaja dibuat olehnya. Dengan malas panggilannya kujawab.

“Awak dah sampai ke?” soalnya.

“Ya,” jawabku sepatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience