BAB 2

Romance Completed 1737

“Nak saya jemput?”

“Tak apalah. Saya boleh balik sendiri.”

Aku menolak baik. Sebenarnya, aku tahu dia masih bekerja sebab itu aku tolak pelawaannya. Aku tidak mahu susahkan dia walaupun dia rela berbuat begitu terhadapku.

“Dah petang ni. Awak nak balik dengan apa?”

“Tak apa, teksi banyak. Saya boleh balik dengan teksi je.”

“Bahayalah, Katrina. Lagipun dah lewat ni. Saya datang jemput awak ya.”

“Tak payahlah, Ajib. Saya tak nak menyusahkan awak.”

Sekali lagi aku berkeras menolak pelawaannya. Kalau aku balik dengan teksi sekalipun apa salahnya. Aku bukannya tidak biasa menaiki teksi.

“Awak ada kat mana sekarang?”

“Terminal bas.”

“Platform berapa?”

“Empat.”

“Kalau macam tu, tunggu sampai saya datang. Jangan pergi ke mana-mana tau.”

“Haf….”

Belum sempat aku panggil, Ajib sudah memutuskan talian. Ish, yang aku gatal sangat beritahu dia, kenapa? Kan elok kalau aku kelentong sahaja dia tadi. Sekarang aku sudah terperangkap.

Sempat kutoleh jam di tangan. Pukul 5 petang. Jarak tempat kerja Ajib dengan terminal bas ini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Itu belum ditambah dengan kesesakan lalu-lintas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience