BAB 9

Romance Completed 1737

“Kenapa awak tak beritahu saya tadi?”

“Saya tak nak awak risau. Kemalangan kecil je. Tak adalah teruk sangat pun. Cuma bahagian depan kereta saya tu je yang remuk sikit. Tapi saya okey.”

“Jadi, sebab tulah awak datang lambat tadi?”

Ajib angguk.

Saat itu segala amukan dan kutukan ku tujukan pada diri sendiri.

Kenapalah aku ini orangnya selfish yang hanya pentingkan diri sedangkan selama ini dia sudah berusaha untuk membahagiakan aku.

Namun tetap saja mata hatiku buta. Seraya itu aku terkenang semula semua pengorbanan dan usaha Ajib dan apa yang baru sahaja dilakukannya kepadaku.

kesungguhan Ajib yang sanggup mengorbankan masanya atas alasan bimbangkan keselamatan aku.

Meskipun dia ditimpa kemalangan namun dia gagahkan diri untuk bertemu demi sebuah janji.

Adakah aku harus terus memilih untuk membutakan mata hatiku sedangkan mata kasar ku ini celik melihat pengorbanannya?

Sejauh manapun aku pergi, pada akhirnya aku tahu bahawa dia adalah destinasi cintaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience