BAB 5

Romance Completed 1737

“Sejak bila?”

Aku beranikan diri bertanya.

“Sejak dari hari pertama kita kenal,” jawab Rafi perlahan.

Pengakuan Rafi itu tambah mengoyakkan perasaan aku.

“Jadi, selama ni awak tipu saya?”

“Saya minta maaf. Saya tahu saya banyak siksa perasaaan awak. Tapi saya tak tipu fasal perasaan saya yang sukakan awak.”

Air mata aku jatuh tiba-tiba. Terasa sia-sianya penantian aku selama ini. Terasa begitu bodohnya aku.

“Kalau awak cintakan saya sekalipun ia tetap takkan merubah gelaran suami yang awak pegang. Awak dah buang masa saya bertahun-tahun dengan buat saya fikir saya mencintai orang yang betul. Kenapa sampai macam ni sekali awak mainkan saya?”

Rafi terdiam.

“Macam mana saya nak buang semua perasaan sayang dan cinta saya terhadap awak lepas bertahun-tahun saya tanam semua rasa tu kat dalam hati saya? Awak ingat, saya boleh lupakan semua tu dalam masa yang singkat?”

“Saya tahu payah. Sebab saya pun tak dapat lupakan awak juga. Katrina, saya pergi bukan sebab saya tak cintakan awak tapi sebab saya nak lari daripada cinta yang terlarang ni. Saya fikir, bila saya tinggalkan awak macam tu, kita boleh saling berhenti berharap. Tapi saya tak sangka ia semakin buat saya rasa tersiksa.”

“Saya lebih tersiksa, Rafi.”

Laju aku membalas kata-kata Rafi itu. Sungguh, aku berasa begitu bodoh sekali kerana menantikan seseorang yang sebenarnya tidak layak pun untuk aku cintai. Aku tidak sepatutnya mengharapkan sesuatu yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience