BAB 4

Romance Completed 1737

Masuk minit ini maka sudah hampir dua jam aku menunggu Ajib, sedari tadi batang hidungnya tak juga ku lihat. Ais soda yang aku minum tadi sudah lama habis.

Sudahnya, selepas saja aku buat bayaran aku memilih untuk duduk semula di kerusi kali pertama aku duduk.

Kelibat orang yang lalu-lalang di situ kuperhatikan sahaja buat hilang rasa bosanku.

Namun tanpa aku duga, pandanganku bertembung dengan pandangan seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ.

Aku tidak tahu sudah berapa lama dia memerhatikan aku. Hati aku tambah berdebar apabila aku lihat dia mengorak langkah menghampiri aku.

“Belum balik lagi?” soalnya sebaik sahaja duduk di sebelahku.

Aku geleng sambil mengengsot sedikit. Sungguh, rasa debarku lain macam. Tidak sangka aku akan bertembung lagi dengannya sedangkan tadi aku lihat dia sudah pergi seolah-olah tidak akan berpatah semula. Adakah dia kembali sebab aku?

“Katrina, saya minta maaf,” ungkap Rafi tiba-tiba.

Aku pandang Rafi tanpa suara. Namun aku fikir Rafi sedar apakah kesilapan yang telah dia lakukan terhadapku.

Aku terus diam untuk memberi peluang kepadanya seandainya dia ada sesuatu yang ingin diperkatakan lagi.

“Saya dah kahwin. Perempuan yang awak nampak tadi isteri saya.”

Kalau aku ibaratkan hati aku seperti kaca, memang ia sudah pecah berderai. Sempat aku soroti jemarinya yang tersarung sebentuk cincin.

Hati aku terus didatangi sebak. Aku gigit bibir tahan perasaan sedih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience