BAB 7

Romance Completed 1737

Tetapi sekarang walau apa cara sekalipun dia cuba buat ia tetap tidak dapat mencantumkan kembali hati aku yang sudah terluka.

“Tak apa. Saya boleh balik sendiri,” jawabku lantas terus berjalan tanpa menoleh lagi.

Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu ke mana hendak heret kaki aku. Aku cuma terdetik hendak larikan diri daripada Rafi sahaja. Aku harap aku takkan bertemu dengan dia lagi.

HARI semakin gelap. Namun orang yang berkunjung ke terminal itu tidak pula aku tengok berkurang. Di celah-celah orang ramai itu aku cuba juga mencari kelibat Ajib.

Sayangnya, tidak kujumpa. Aku periksa telefon tetapitidak ada mesej atau panggilan daripadanya. Aku juga malas hendak menghubunginya.

Akhirnya, aku putuskan untuk balik menaiki teksi sahaja. Lagipun hari sudah hendak maghrib.

Perlahan-lahan aku bangun dari bangku dan ingin berjalan ke perhentian teksi di seberang jalan namun niat itu mati apabila Ajib muncul di depan mata.

“Kan saya suruh awak tunggu kat platform 4. Kenapa awak duduk kat sini? Puas saya cari awak tadi.”

Ajib merungut setelah menghampiri aku.

“Awak cakap tunggu sekejap je tapi saya tunggu awak kat sini hampir dua jam. Semua kedai dah nak tutup baru awak muncul.”

Aku turut merungut sama. Kalau diikutkan, tempat aku duduk itu bukanlah jauh sangat dari Platform 4 cuma tempatnya agak terlindung sedikit. Mungkin itu yang menyukarkan Ajib mencari aku.

“Maaflah. Saya tak berniat nak buat awak tertunggu lama. Saya ada hal tadi.”

“Kalau ada hal buat apa susah-susah nak datang jemput saya jugak? Kan saya dah cakap tadi saya boleh balik sendiri.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience