BAB 6

Romance Completed 14183

Kringg! Kringg! Kringg!

Afira Najwa terkejut dari tidur saat mendengar bunyi jam loceng yang asyik berdering dari tadi lagi. Pagi ni dia telah berjanji dengan Darwish Hakim untuk membeli barang – barang perkahwinan mereka yang masih belum dibeli lagi. Lagi pula, dia sudah berjanji untuk keluar makan dengan keluarga Darwish Hakim.

Sudah hampir 2jam dia menunggu Darwish Hakim di restoran, namun kelibat bakal suaminya itu langsung tiada malah pabila call hanya panggilan voice mailbox yang kedengaran. Tak pernah lagi Darwish Hakim membuat dia begini lagi sebelum ini.

Afira Najwa cuba mendail nombor mama Darwish Hakim namun dia kecewa kerana perkara yang sama terjadi. Hatinya berdebar–debar bimbang seandainya terjadi perkara yang buruk pada buah hati kesayangan dia.

Nada dering tik tok dari keysha telah menghentikan lamunannya. Saat dia menjawap panggilan misteri itu dia terasa dunianya berputar malah angan – angannya kini musnah dalam sekelip mata. Dia menggagahi diri mendail nombor En.Azmi untuk menyampaikan khabar buruk yang menimpa keluarga Darwish Hakim sebentar tadi.

Afira Najwa hampir pengsan melihat sekujur mayat yang kini hanya kaku terbaring. Hanya raungan tangisan yang bergema di ruangan Hospital Tawakal yang sepi itu.

“Afi, sabar nak” pujuk Puan Suriati sambil memeluk erat anaknya itu. Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anak? Biarpun Afira Najwa hanya lah anak angkatnya namun kasih sayang dia melebihi segala – galanya.

“Emak, Darwish tak sayang Afi ke mak? Kenapa dia tinggal Afi? Kami dah nak kahwin. Mak, kenapa Darwish tak bawa Afi sekali? Darwish… bangun lah sayang. Jangan tinggal Afi. Kita kan dah nak kahwin. Sayang, bangun lah! Bangun! Tengok Afi ni sayang!”

Afira Najwa semakin kuat menangis sambil mengoyang – goyang badan Darwish Hakim yang kaku. En.Azmi cuba menghalang perbuatan anaknya itu namun gagal kerana tenaga Afira Najwa saat ini terlalu kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience