Hampir setiap hari, Afira Najwa mengujungi kubur arwah Darwish Hakim. Dia tidak percaya dia telah ditinggal sekali lagi. Perkahwinan dia telah pun dibatalkan namun majlis bacaan yasiin dilangsungkan sebagai mengganti majlis perkahwinan tersebut.
Hidupnya kini mula suram, hanya terkurung di dalam bilik tidurnya tanpa bercakap sepatah pun dengan sesiapapun. Malah dia sanggup memarahi Puan Suriati membuka langsir dalam bilik tidurnya.
Doktor telah pun mengesahkan Afira Najwa mengindap kemurungan dimana Afira Najwa mula menunjukkan siptom – siptom kemurungan dalam dirinya. En.Azmi dan Puan Suriati hanya meratap pilu. Mereka hanya mampu berdoa semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan anak mereka suatu hari nanti.
“Kak Afi, ni surat untuk kak Afi. Mak yang bagi pagi tadi kat Wa.” Hampir tak kedengaran suara Afiqa Nijwa kerana takut akan renungan tajam yang dilemparkan oleh kakaknya itu.
Afira Najwa mengambil surat dari tangan adiknya itu lalu dengan pantas adiknya berlalu pergi meninggalkan kakaknya dikamarnya yang agak menyeram itu.
Buat Najwa yang Darwish sayang,
Maafkan Darwish kerana kehadiran surat ini secara mengejut buat mu sayang.. Mungkin dirimu tertanya mengapa Darwish mengutus surat ini. Sebelum kita berkahwin, Darwish ingin bersikap jujur dengan mu sayang.
Darwish telah pun cuba untuk jujur dengan mu namun saat melihat mata mu yang redup itu membuat Darwish tak sanggup melihat air mata mu menitis di pipi kerana Darwish.
Bertahun lama Darwish memendam perasaan gelisah ini saat bertemu dan bertentang mata dengan mu sayang. Puas sudah Darwish mencari gadis yang bernama Afira Najwa namun hanya sia – sia. Hidup Darwish semakin tak tenteram. Terasa terlalu banyak dosa yang Darwish lakukan kepada mu.
Share this novel