Mungkin hari ini bukan hari cuti ataupun musim perayaan ini kerana suasana di Lapangan Terbang KLIA saat ini agak lenggang tidak seperti selalu!
“Afira” namanya dipanggil dari arah belakang.
Dia terus berpaling dan tersenyum. Lalu mara ke hadapan dan lantas memeluk insan yang yang telah pun bersusah payah menjaganya selam ini. Afiqa Nijwa kelihatan sibuk menarik tanganya untuk bersalam dengannya. Kini genap 9tahun umur adik angkatnya itu yang dianggap seperti adik kandungnya itu.
“Cik Afira, ini dia document – document yang perlu Cik Afira tandatangan dengan segera” ujar Intan Zulaikha sambil menyerah fail pada Cik Afira Najwa.
Hatinya yang nakal itu tertanya – tanya, lelaki manakah yang telah berjaya memiliki empunya lesung pipi yang kini berada didepannya ini?? Namun ditahan sahaja hati bimbang majikannya itu tersalah tafsir nanti seandainya dia bertanya. Dia tak sanggup dicopkan sebagai busy body!
Hatinya bagai digaru pabila melihat tingkah laku sepasang remaja yang asyik meluah perasaan cinta yang langsung tidak mempunyai perasaan malu di khalayak ramai.
Bukan mereka tidak tahu banyak mata yang memandang akan perbuatan mereka itu malah mereka hanya buat tak tahu dan malah berpelukkan sakan kononnya untuk melepaskan rindu.
“Assalaimualaikum Najwa” Afira Najwa segera berpaling mencari suara yang serak basah itu. Saat itu, hanya senyuman yang menghiasi dibibirnya yang munggil itu.
“Waalaikummussallam” jawab Afira Najwa dengan lembut dan mereka berdua segera bercerita panjang lewat petang itu.
Setelah matahari hampir terbenam barulah mereka berganjak dari tempat itu. Namun bukan bererti, hubungan mereka akan berakhir disini.
Masing – masing sudahpun mempunyai rancangan tersendiri. Hanya menunggu masa sesuai untuk menokhtahkan hubungan ini dalam erti yang sebenarnya -benarnya.
Share this novel