BAB 4

Romance Completed 14183

Mata Shahrizal dan Safwan hampir tidak berkelip melihat sepasang tubuh yang langsing itu datang menghampiri meja makan mereka berdua.

Hampir melompat mereka melihat gadis itu adalah sama gadis yang mereka kenali dulu malah pernah menjadi satu pasukan sewaktu zaman persekolahan dulu.

“Afi, kau betul –betul dah berubah sekarang. Aku dengan Wan hampir tak kenal kau tadi tapi nasib baik aku cam lagi lesung pipi dengan tahi lalat di pipi kanan kau tu. MasyaAllah, maha suci Allah S.W.T akhirnya kita dapat berjumpa lagi.

Ye lah, mula – mula aku tak percaya juga kau kirim e-mail tu kat aku minggu lepas. Ingatkan ada orang nak main – mainkan aku. Rupanya tidak, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi tapi aku betul- betul gembira sebab kita dapat lagi berjumpa” ujar Shahrizal dengan panjang lebar.

Sambil matanya galak memerhati Afira Najwa yang suatu dahulu pernah singgah dihatinya tanpa pengetahuan sesiapapun.

“Takkan lah aku nak main – main pula dengan kau berdua. Aku dah lama balik sini. Tapi ye lah sibuk dengan kerja dan keluarga tu yang aku buat senyap je tu. Sekarang aku tak sibuk, sebab itu lah yang aku hantar e-mail tu kat aku.

Nasib baik lah kau masih guna lagi e-mail tu kalau tak haru juga aku nak cari kau orang semua” jelas Afira Najwa dengan senyuman yang cukup manis bagi pandangan Shahrizal dan Safwan saat ini.

“Afi, kau buat apa sekarang ni? Dah kahwin ke belum? Kalau belum aku nak isi borang lah mana lah tahu kot – kot ada peluang nak jadi laki kau ke?”

Hampir gelak besar Afira Najwa mendengar gurauan kawannya itu. Dia terasa semuanya masih seperti dulu. Namun sayang dia yang banyak telah berubah.

“Kau ni Wan tak pernah berubah ek? Still macam dulu lagi. Aku kerja kat sekitar ni je. Buat bisnes sendiri je. Dah tu kau berdua kerja apa sekarang?” jawab Afira Najwa dengan jujur namun Shahrizal dan Safwan agak kecewa kerana pertanyaan Safwan tadi hanya tergantung tanpa sebarang noktah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience