Afira Najwa masih lagi ingat kata – kata Tuan Pengetua, En. Azmi tempoh hari. Kerana pesanan itulah dia mencuba menjauhkan diri daripada kawan – kawan lelakinya. Namun hakikatnya, hatinya bagai digaru untuk bergaul dengan mereka.
Baginya berkawan dengan kaum lelaki jauh lebih bagus kerana mereka tidak perlu hipokrit seperti kaum sejenisnya. Namun dia sedar apa yang dicakap oleh Tuan Pengetua adalah benar belaka.
Ini semua untuk kebaikkan dirinya. Kadang – kadang dia selalu menyusahkan ayah angkatnya itu. Bukan dia ingin melawan cakap ayah angkatnya itu namun semenjak pemergian kedua ibubapanya dalam kemalangan telah mengubah segala – galanya.
Sudah 4tahun dia kehilangan kedua orang tuanya. Kereta yang dipandu oleh ayahnya terbabas akibat mengelak dari dilanggar oleh kereta yang dipotong secara tiba – tiba dari arah belakang. Kereta yang dinaikinya itu terjunam ke dalam gaung yang dalam.
Kuasa Allah S.W.T dia terselamat dari kecelakaan tersebut namun sayang hanya mayat mamanya sahaja yang pihak polis jumpa. Mayat ayahnya, En.Nazim tidak ketemui mungkin telah dibawa arus oleh sungai yang deras itu.
Mujurlah, arwah mamanya adalah guru yang bertugas di sekolahnya kini lalu Tuan Pengetua sekolah iaitu, En. Azmi mengambil dirinya sebagai anak angkat yang kebetulannya pada masa itu, tidak mempunyai anak setelah berkahwin selama 5tahun.
Tapi selepas 2tahun dia dijaga oleh En. Azmi dan Puan Suriati mereka dikurniakan cahaya mata.
Kini adik angkatnya itu sudah pun berumur setahun lebih. Karenahnya sering sahaja mencuit hati mereka sekeluaga. Walaupun ayah angkatnya sudahpun memiliki anak kandung sendiri namun kebajikan dan kasih sayang mereka berdua untuk dirinya masih lagi utuh seperti dulu.
Kini semua itu sudah pun berlalu, hampir 8tahun dia menetap di Melbourne, Australia. Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan, ayahnya terus menghantar Afira Najwa ke Luar Negara untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Share this novel