Hampir setiap malam Darwish bermimpikan wajahmu. Wajah yang suram. Keserian wajah telah pun dicuri kerana kesilapanku. Namun percayalah, Darwish tak pernah terniat membuat begitu pada mu.
Allah S.W.T itu maha esa. Dia telah pun menemukan kita berdua di kota Melbourne, Australia. Sungguh Darwish tak menyangka kita satu tempat belajar. Yang membezakan dirimu adalah juniorku. Namun sayang sikap mu yang kasar itu membuat aku meluat lalu mengherdik mu didepan teman mu.
Walaubagaimanapun, percaya lah hati ku telah pun kau curi saat kau memandang ku dengan renungan yang segan dan agak malu – malu itu. Sejak dari itu, Darwish berusaha untuk melindungimu, menyedarkanmu dari terus hanyut.
Mengenali mu adalah satu anugerah yang terindah dalam hidupku. Saat dirimu menerima ku dalam hidup mu membuat Darwish bahagia malah tersa sebahagian beban hilang di bahu.
Sayangku najwa, seandainya Darwish tiada nanti, jagalah dirimu baik – baik, bangunlah dari terus bermimpi dan buang lah segala rasa sakit itu dalam hati. Maafkanlah Darwsih andai sepanjang kita menjalin hubungan diriku banyak melukakan hati mu sayang.
Najwa ku sayang,
Terasa sesak nafas didada ku saat menulis nota ini. Bimbang hati mu kian terluka andai dirimu tahu. Namun Darwish tekad hanya dengan cara ini sahaja yang mampu Darwish untuk berterus terang dengan mu.
Kemalangan yang menimpa keluarga Najwa beberapa tahun yang lepas adalah berpunca kecuaian Darwish pada masa tu. Kerana marah telah pun menguasai diri pada masa tu Darwish memandu kereta dengan lajunya sehingga sanggup memotong kereta dihadapan secara mengejut.
Namun sayang, kerana ingin mengelak dari dilanggar Darwish dengan tak sengaja melanggar kereta yang dipandu oleh ayahmu.
Saat Darwish tersedar dari pengsan, Darwish tak mampu buat apa – apa. Namun pada masa tu, Darwish masih lagi sempat melihat dirimu yang dipeluk oleh seseorang sambil memujuk dirimu supaya tidak menangis. Dan kebetulannya, Darwish sempat melihat ayahmu sebelum dibawa arus sungai yang deras itu.
Darwish cuba bangun untuk menolong ayahmu, tapi apa lah daya kudrat yang ada pada Darwish pada masa tu?? Sedangkan untuk bangun pun Darwish terasa payah sekali apatah lagi untuk menolong ayahmu yang ketika itu hanya melihat diri ku yang cuba berusaha untuk bangun..
Sejak dari itu, Darwish berazam untuk mencarimu dan memohon ampun atas kecuaian ku ini. Darwish faham seandainya dirimu tak mampu menerima ku lagi selepas ini kerana kesalahan yang telah Darwish lakukan ini terlalu susah untuk dimaafkan.
Namun percayalah tak pernah sedikit pun diri ku untuk melukai hati mu saat kebahagiaan kita semakin menjadi realiti. Najwa sayang, andai dirimu ingin memarahi ku, marah lah sepuas hati mu namun satu yang ku pinta jangan lah engkau menbisu dari ku.
Semoga kau tabah menghadapi kenyataan ini. Maafkan Darwish melukakan hati mu. Apa pun keputusan mu aku terima dan ingatlah, walau kemana pun dirimu pergi diriku bagaikan langit yang sentiasa mengikut langkahmu pergi. Cintaku hanya buat mu sayang.
Salam sayang
Darwish Hakim
09 Mei 2010.. 11 malam.
Share this novel