BAB 9

Romance Completed 14183

Menggigil badan Afira Najwa saat membaca surat tersebut. Hatinya kian pilu menahan rasa duka dihati. Sungguh bukan ini yang dipinta dalam hidupnya. Kasih sayang yang hanya sementara sekadar menghiasi hatinya.

Afira Najwa bangun dari katil lalu mengapai kunci kereta yang tersimpan didalam laci. Dia segera keluar dari bilik itu.

Bunyi anak tangga yang dipijak itu menarik minat emaknya untuk keluar melihat apa yang terjadi. Hampir terkejut emaknya melihat tingkah laku anaknya itu.

Enjin kereta terus dihidup lalu ditekan nya gear undur dan menukar kepada gear pertama dan terus memecut laju meninggal perkarangan rumah yang indah itu.

Afira Najwa benar –benar buntu kini. Tidak tahu kemana harus dia pergi membawa diri. Dia terasa dikhianati tapi orang yang mengkhianatinya itu adalah orang begitu dia sayang dan sangat menyintai dirinya dulu ketika arwah hidup.

Keretanya tersadai di kawasan taman. Dia hanya mengeluh perlahan sebelum enjin kereta dimatikan. Lalu dia membuka pintu keluar dari kereta dan menuju ke taman yang cantik dan nan permai itu.

Dia hanya duduk dibangku sambil termenung panjang. Afira Najwa cuba muhasabah diri sambil menghayati pemandangan yang indah ini. Menghirup udara yang segar membuat dia terasa tenang dan hampir sahaja dia terleka dibuai keasyikan melayani pemandangan.

“Cik” namanya dipanggil dari arah belakang membuatkan dia tersetak dan terus berpaling mencari arah suara yang memanggil namanya tadi.

Saat dia berpaling dia seakan tidak percaya apa yang dia lihat dihadapannya kini. Terasa badanya lemah dan tidak berdaya. Malah senyuman itu pernah dilihat sebelum ini. Namun dia ingat – ingat lupa.

Si pemanggil namanya tadi semakin menghampiri ke arah Afira Najwa, sedangkan Afira Najwa hanya membiarkan tanpa membuat apa – apa tindakan kerana dia terasa raut wajah itu seakan – akan dia kenali sebelum ini….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience