Seorang perempuan yang cantik dengan mata yang coklat pekat,tubuh yang tidak berapa tinggi dengan rambutnya yang panjang itulah ciri-ciri yang ada pada Hanabi Camelia.Pada awalnya dia dilahirkan sempurna dalam keluarganya sebagai anak bungsu dari tiga adik beradik.Dia mempunyai dua orang abang yang dulu sangat menyayanginya namun kini sangat membenci Hanabi.Alasan mereka membenci Hanabi kerana dia menjadi punca ibu nya meninggal dunia.Ibu nya meninggal akibat ingin menyelamatkan Hanabi daripada kemalangan jalan raya.
_____________
Hanabi baru sahaja sampai di rumah yang dahulu menjadi tempat paling terindah dengan memori bersama ibu bapa dan kedua abangnya.Namun sejak kematian ibu nya yang menyebabkan ayahnya berkahwin dengan wanita lain.Wanita itu mempunyai anak perempuan yang bernama Tisya.Tisya telah merebut semua yang telah menjadi milik nya.Itulah yang menjadikan alasan dia tidak mahu tinggal dirumah itu lagi.Dia juga dianggap seperti orang asing sedangkan mereka keluarga kandungnya.Dia telah membeli apartment yang agak mewah untuk menetap disana agar bebas untuk melakukan apa sahaja.Selama dia tinggal dirumah ahli keluarganya itu dia sering dibentak kerana difitnah oleh Tisya yang acah baik dihadapan semua orang.Sifat Tisya seperti malaikat kalau dihadapan keluarga tirinya tetapi hanya Hanabi sahaja yang tahu perangai Tisya yang seperti iblis itu.
Tapi kenapa Hanabi balik kerumah itu kembali?Hanabi kerumah itu untuk mengambil semua yang sepatutnya menjadi hak miliknya.Sebelun ini dia berdiam diri supaya mendapat perhatian daripada keluarganya.Namun semuanya hampa disebabkan mereka lebih mempercayai Tisya berbanding diri nya.Dia disisihkan oleh keluarga nya sendiri.
"LET'S START THE GAME"kata Hanabi sambil memasukki rumah yang sangat mewah itu.
Share this novel