Bab 2

Short Story Completed 2169

Ketika memasuki rumah ada seorang perempuan memanggil Hanabi.
"eh Kak Hana dah balik"sapa perempuan itu dengan ramah nya.
"iya kenapa rasa tercabar ke"jawap Hanabi dengan sinis.Dia malas nak layan drama Tisya.
Sedetik kemudian Hanabi disapa oleh pembantu rumah itu.
"Cik.Hanabi ingin tinggal disini kembali ? tanya pembantu rumah seakan tidak percaya.Dia sudah lama menantikan kepulangan majikan nya itu.

Dalam masa yang sama semua ahli keluarga Hanabi turut ada disitu.

"iya Mak Jah.Tolong angkat barang-barang saya masuk ke bilik"kata Hanabi kepada Mak Jah kerana malas berlama-lama disini.Dia tahu kepulangannya bukan akan disambut dengan meriah tetapi pandangan benci.Tanpa berlengah-lengah dia terus berjalan ke bilik nya.

Tiba-tiba kaki Hanabi berhenti melangkah.

"B..Bilik Cik.Hanabi."kata pembantunya tergagap-gagap.
Hanabi menaikan sebelah kening nya menunggu Mak Jah menghabiskan kata-katanya.Mak Jah melirik kepada Tisya yang dalam keadaan gundah gulana.

"Bilik Kak Hana dah jadi bilik Tisya,kak"kata Tisya sambil menundukkan kepalanya.

"Sejak bila aku bagi bilik aku dekat kau Tisya"Tanya Hanabi dengan tegas.

"Jadi macam ni Cik.Hanabi,bilik Tisya ada masalah tandas dan bilik air nya rosak.Tubuh Tisya juga lemah jadi menyusahkan dia jika ingin mandi perlu ulang alik ke bilik air tetamu.Jadi ayah kamu pindah kan dia ke bilik kamu."jelas Mak Jah panjang lebar.

"Nak Mak Jah siap kan bilik yang berada di tingkat dua ke?kerana bilik itu sahaja yang kosong buat masa sekarang "sambung Mak Jah lagi.Bilik itu dulu telah menjadi bilik Tisya namun disebabkan dia berpindah ke bilik Hanabi maka bilik itu tidak berpenghuni.

Hanabi tidak menjawab,dirinya masih melihat ekpresi Tisya yang semakin takut.

"K..Kak Hanabi ambil jelah balik bilik aku tu.Aku okay sahaja jika tidur di bilik aku yang lama"kata Tisya sambil melirik takut kepada Hanabi yang membuatkan semua orang kesal dengan tindakan Hanabi.

"Ambil?Aku tidak akan mengambil bilik aku tetapi kau yang perlu pulangkan balik bilik aku,sebab dari awal pun aku tidak pernah memberi keizinan untuk kau tinggal dalam bilik aku"canggah Hanabi.

"Hanabi pasal bilik je nak perbesarkan kau bagi jelah bilik kau dekat Tisya"kata abang pertama Hanabi yang bernama Hans.

"Itu memang bilik aku kalau kau baik sangat bagi jelah bilik kau senang banyk bunyi pulak."kata Hanabi sambil melihat Hans dengan malas .

"eh abang Hans tidak mengapa kerana memang itu kan memang bilik kak Hanabi"kata Tisya menenangkan Abang Hans disamping itu menaikkan lagi kebencian Abang Hans kepada Hanabi.

"Hanabi lebih baik kau mengalah je dengan Tisya nanti aku siapkan bilik yang lagi bagus daripada bilik kau yang dulu."kata abang kedua nya yang bernama Irfan.

Adakah Hanabi akan mengalah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience