Bab 3

Short Story Completed 2169

"Kenapa tidak kamu berdua sahaja yang memberikan bilik kamu kepada adik tercinta nie?atau sebab bukan barang milik kamu berdua yang dia ambil?"tanya Hanabi sinis.

"Kak Hanabi aku tidak pernah berniat untuk merebut semua barang kakak tapi ayah dan abang yang bagi "bela Tisya dan di angguk oleh ahli keluarganya.

"aku dengar kau bijak dekat sekolah"kata Hanabi secara tiba-tiba mengalihkan perbicaraan yang membuatkan Tisya mengenyit kan dahi nya.

"Iya Hanabi kami semua bangga dengan pencapaian Tisya,bukan hanya cantik luaran tapi bijak dalam pendidikan."Kata Hans dengan bangga sambil memandang Tisya dan tersenyum.

"Terima kasih,itu semua berkat dorongan ibu ayah dan abang-abang"kata Tisya sambil tersenyum ceria.

"WOW bijak,tapi kau tidak paham kalau ada orang bagi barang bukan miliknya sepatutnya kau tolak.Kau juga perlu tanggung risiko kalau tuan milik barang kau ambil tu balik atau menuntut barang miliknya."kata Hanabi sambil menggeleng kepala.

"Dan itu,itu pun milik aku"sambung Hanabi sambil menunjukkan cincin dijari Tisya.Sebuah cincin permata miliknya,salah satu peninggalan ibu tercinta.

"tidak perlu ada yang nasihat atau marah apa yang aku buat.Semua barang aku,aku berhak ambil balik"kata Hanabi dengan tegas.

Tisya dengan takut melepaskan cincin yang indah itu lalu menyerahkan kepada Hanabi.

"M..Maaf kak ayah yang....."

"Ayah yang bagi ?Hah,apakah aku perlu ulang balik apa yang aku cakap tadi?" Hanabi merampas cincin itu dari tangan Tisya dan bergegas menuju ke bilik nya.Semua yang berada disitu hanya diam membisu.

Ayah nya hanya memerhati sahaja apa yang berlaku dihadapannya.Dia sangat terkejut dengan perubahan sikap anak perempuan nya itu.Sangat berani dan seperti anak perempuan nya ingin menyampaikan bahawa yang sepatutnya miliknya akan diambil kembali.Ada perasaan risau yang tidak dapat diungkapkan kepada sesiapa.Adakah dia pulang kerana telah mengetahui sesuatu?Adakah tentang sesuatu yang berada didalam isi kepala nya.

"ini baru permulaan"monolog Hanabi sambil melangkah dan tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience