Bab 5

Short Story Completed 2169

WAKTU PAGI

Saat dimeja makan.

"macam mane pemindahan kamu ,semuanya berjalan dengan baik ke Hanabi"tanya si Ayah.

"Hanabi, ayah tanya kamu".Anita memarahi Hanabi kerana tidak menjawab soalan Ayahnya.

"Baik, tapi maaf Makcik. Saya tidak bercakap semasa makan." Kata-kata Hanabi membuatkan Anita terpaku.

Hanabi tidak kisah apa-apa, dia hanya makan dengan tenang dan penuh beradab. Seolah-olah Hanabi orang yang mementingkan etika ketika makan dan berbudi.

Selepas selesai makan.

"Oh ya, Hanabi.Ayah telah mendaftarkan kamu di sekolah antarabangsa terbaik di sini. Saya rasa kamu akan sesuai jika bersekolah di sana, kerana sebelum itu kamu belajar di sekolah lain yang agak biasa-biasa sahaja."kata en.Danny kepada anak bungsunya itu.

Ketika ini keluarga Hanabi sedang berkumpul di ruang keluarga.Hanabi hanya mengetahui tabiat berkumpul ini setelah Anita iaitu ibu tiri nya hadir di tengah-tengah keluarga itu.
"Sangat menyusahkan orang kena berkumpul bagai..haishhh"monolog Hanabi,tetapi dia terpaksa berkumpul juga tanpa membantah.

"Saya akan bersekolah di sekolah lama saya". Kata Hanabi tenang, En.Danny semakin berkerut melihat perangai baru Hanabi. Terasa sangat asing baginya.

"Apa kamu yakin Hanabi? Ayah--".

"Saya tak minta persetujuan ayah , saya cuma beritahu ayah sahaja." balas Hanabi.En.Danny tersentak dan dihiburkan dengan senyuman daripada isterinya supaya dapat menenangkan suaminya.

Hanabi menggunakan bahasa formal dengannya, ini sangat asing bagi En.Danny. Seingat Danny, anak perempuannya selalu ingin dimanjakan oleh dia.. Namun, melihat bahasa formal yang digunakan Hanabi, jelas anaknya ingin menjauhkan diri daripadanya.

En.Danny tersenyum sayu, nampaknya Hanabi belum dapat menerima keputusannya untuk mengahwini Anita serta perilakunya kepada anaknya setelah kehilangan isteri tercinta, sehinggakan Hanabi wujud dengan karakter yang sekarang.

"Yalah, saya gembira kalau saya bersekolah yang sama dengan Kak Hana. Saya pasti akan bantu Kak Hana menyesuaikan diri di sana walaupun itu sekolah lama Kak Hana.Ayah tak perlu risau okay?" kata Tisya secara tiba-tiba seperti malaikat yang ingin menolong kakak nya.

"Oh ya, saya terlupa yang anak ayah yang sorang ni satu sekolah dengan kakak kamu. Jadi kalau terjadi apa-apa pada kakak kamu, tolonglah ye Tisya." En.Danny tersenyum lega sambil mengusik pipi Alena dengan mesra.

Hanabi hanya menyaksikan drama didepan mata nya lalu pergi meninggalkan mereka semua dengan satu kata

"MUAK"kata Hanabi dengan lantangnya.Lalu meninggalkam meja makan.

"Semakin dekat dengan musuh semakin kita tahu pergerakannya bukan,HAHHAHAHA"
terpancar senyum devil dari Hanabi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience