SEKOLAH
Merenung dirinya melalui pantulan cermin. Seorang gadis berusia sekitar 17 tahun sedang bersiap sedia untuk ke sekolah. tidak lupa juga dia mengambil hoodie hitam untuk menutup uniform sekolahnya, kemudian tutup kepala dengan hoodie.
Keluar bilik dengan malas menuruni anak tangga satu persatu. Setibanya di bawah, dia menerima renungan tajam dari seorang lelaki separuh umur berkaca mata dan jaket kerja yang melekat di tubuhnya.
Ditarik kerusi dan duduk menghadap hidangan lazat yang sudah tersedia. Dia langsung tidak mengendahkan pandangan pelik dari ahli keluarganyaa yang sedang memerhatikan nya.Selesai makan Hanabi terus bergegas ke sekolah.
30 minit telah berlalu. Hanabi memandu kereta keluaran terbaru hadiah daripada Pakcik ibunya pada hari lahirnya beberapa bulan lalu.
"Woah gila, kereta siapa hebatnya "
"pelajar baru lagi"
"Bukan biasa-biasa pemilik kereta ni"
Ya, begitulah khabar angin pelajar yang menyaksikan kehadiran kereta mewah itu.
Mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya, kemudian menutup kepalanya menggunakan topi hoodie yang dipakainya, lalu Hanabi keluar dari kereta dengan menunduk. Tidak malu atau takut, tetapi dia sangat malas untuk memperdulikan pelajar sekolah barunya ini.
Berjalan santai melalui dewan sekolah untuk mencari pejabat pengetua.
Dia tergelak kesal kerana tidak menemui di mana pejabat pengetua. Dengan pasrah, Hanabi mengambil keputusan untuk bertanya sahaja daripada perlu berpenat lelah di sekitar sekolah tiga tingkat ini.
Seorang pelajar yang didekatinya dan Hanabi bertanya.
"Di mana pejabat pengetua?" Tanya Hanqbu dengan nada mendatar, dia langsung tidak memandang orang lain.
"Ikut saya!"
Hanabi berundur ke belakang mengikut pelajar tadi. Ah, buat penat je rupa-rupanya bilik pengetua sangat dekat dengan tempat dia tadi.
TOK TOK TOK
"MASUK"
Lelaki separuh umur berambut segak dan bermisai tebal membuatkan dia kelihatan seperti seorang pelawak dalam sinetron.
"Awak pelajar baru pindah ke?" tanya Encik Haikal dan membalas anggukkan.
"Ikut Saya!"
Lagi dan lagi Hanabi hanya mengikut langkah seseorang.
Serta-merta pelajar kelas AL berlari ke tempat duduk masing-masing apabila ternampak guru besar.
Encik Haikal memberi kod untuk Hanabi masuk ke kelas yang dihuni pelbagai karakter.
“Ini kawan baru awak semua, saya harap awak semua boleh berkawan baik dengan dia,” kata Encik Gito.
"Perkenalkan diri anda!"
Hanabi mengangguk lalu dia maju setapak dari tempat dia berdiri tadi. "Saya Hanabi berpindah dari Sekolah Menengah B.
Waktu rehat di kantin Hanabi telah berjumpa dengan Tisya.Mulalah drama Tisya seperti Hanabi menindas dia di sekolah kerana cemburu dengan Tisya.
Semua mengetahui bahawa Tisya dan Hanabi adik beradik tiri.Tisya yang menunjukkan bahawa dia sering ditindas oleh Hanabi kerana perwatakan Hanabi yang agak menyeramkan dan Tisya seperti gadis lemah.
Semua tiada pilihan selain mempercayainya kerana mereka lebih mengenali Tisya berbanding Hanabi pelajar baru.Manusia hanya menilai apa yang mereka lihat.
Hanabi sangat menyampah dengan situasi seperti ini memilih untuk tidak memperdulikan.
Setelah masuk ke kelas dia duduk di tempat kosong dan terus melanjutkan pelajar sehingga balik sekolah.
Share this novel