DI RUMAH
"Kak Hana, macam mana hari pertama di sekolah baharu?"tanya Tisya kepada Hanabi.Seolah-oleh dia seorang yang sangat memperdulikan kakak nya itu.
Mendengar Hanabi memanggil 'Kak Hana' dari kiri ke kanan, Hanabi mencemuh dalam hati.
'Tisya, kau sangat pandai berlakon dan menipu orang sekitar kau. Jika aku tidak mengetahui kebenaran , aku benar-benar tidak akan menemui kemunafikan kau.'
Menghadapi pandangan munafik Tisya, Hanabi benar-benar ingin membunuhnya untuk membalas dendam kerana telah mengambil kasih sayang ahli keluarganya dan berkaitan kematian ibunya.
Membunuhnya sekarang tidak akan menghilangkan rasa bencinya. Dia mahu membongkarkan penipuan Tisya dan ibu tirinya , membiarkan semua orang melihat topeng mereka yang mereka tutup dengan sifat lemah dan kepedulian mereka kepada ahli keluarga Hanabi.Mereka masuk ke dalam keluarga ini demi merebut dan menikmati harta kekayaan keluarganya.
Namun mereka tidak mengetahui bahawa semua harta yang mereta tumpang sekarang ini adalah harta arwah ibunya.Ibu nya telah membangunkan syarikat sendiri sehingga berjaya dan mendapat sokongan dari ayah nya.Oleh sebab itu sekarang syarikat itu telah diuruskan oleh ayah nya.Ayah nya juga mempunyai saham di dalam syarikat itu.Ibu nya memberikan hampir 80% hartanya yang telah diletakkan atas nama Hanabi kerana bagi ibu nya kedua abang nya telah mempunyai kerjaya sendiri dan Hanabi seorang sahaja perempuan.Firasat seorang ibu tidak penah jauh mungkin dia dapat merasakan kesusahan anaknya oleh sebab itu juga ibu Hanabi memberikan harta dan amanah kepada Hanabi selepas umur 17 tahun.Oleh sebb itu dia datang kerumah ini untuk menghalau anasir-anasir luar yang bagi nya sangat menjijikan.
Dia tidak mahu menggunakan jalan pintas kerana dia ingin Tisya dan ibunya dijatuhkan dengan perlahan tapi mematikan sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi.Serta membongkar kemunafikan Tisya dan ibu tiri nya kepada keluarganya baru lah dia akan lenyap kan mereka berdua.
Hal tentang harta ini hanya diketahui oleh ayah nya en.Danny, Hanabi serta peguam nya.
'Tisya, aku tidak akan tertipu oleh kau lagi.'
Hanabi menunduk untuk menyembunyikan rasa jijik dan kebencian di matanya. Dia membuat ekspresi menyedihkan dan sedih dan menggelengkan kepalanya.
Melihat perkara itu, Tisya bertambah cemas. Dia bertanya"kenapa Kak Hana?".
Hanabi perasan yang pandangan ayah tertumpu pada Hanabi. Dia senyap setapak ke hadapan dan menghalang badan Hanabi. , "Ayah, Kak Hana memang selalu mencari masalah. Jangan marah. Nasihat saja dia. "kata Tisya dia dapat mengagak ini berkaitan hal yang berlaku di sekolah.Ayah nya mendapat panggilan dari pihak sekolah kerana Hanabi telah mengganggu Tisya.
Kata-kata Tisya agak standard. Pada zahirnya, ia kelihatan seperti bercakap untuk menyokong Hanabi, tetapi Hanabi faham bahawa kata-kata ini semua menggali lubang untuk Hanabi. Bukankah ini bermakna menyusahkan orang lain?
Seperti yang dijangka, riak wajah ayah menjadi sedikit marah.
Hanabi tidak terlalu memikirkannya. Dia menoleh dan terus berkata kepada ayah nya
"saya tidak membuat masalah di sekolah tetapi Tisya telah memburukkan imej saya disekolah baharu,dia menyatakan bahawa saya selalu menindas dia di rumah"ucap Hanabi dengan wajah sedih.
"adakah wajar dia berkata begitu padahal itu tidak benar,kami satu keluarga bukan"sambung Hanabi.
Riak wajah Tisya menjadi cuak dan cemah.Biasanya Hanabi tidak akan menjawab.. aghhhhhhhhh hanya aku yang boleh menjadi anak perempuan yang disayangi.
Ayah nya berpaling dan memandang Tisya dengaj pandangan tajam.
"Jangan kamu macam-macam Tisya perkara itu boleh mencemarkan nama keluarga"tegas En.Danny.
"Weldone Tisya, kau hanya menumpang ingat tu" bisik Hanabi sambil tersenyum sinis.
Lalu semua masuk ke bilik masing-masing.
Share this novel