Selepas sampai ke tujuan mereka
Bob bersiul ke arah sudut pasar dan berjalan melalui lorong yang hanya muat untuk seorang. Tepatnya longkang pasaran yang menghala ke belakang pasaran sambil memikul Hanabi.
"wow laju sampai,Anita"ucap Bob
"aku tak sabar mahu melihat kehancuran perempuan si*l ini"jawap Anita.
Tanpa mereka sedari Hanabi hanya mendengar perbualan mereka dengan mata tertutup.Dia tidak meminum air yang diberikan Bob.Dia hanya berpura-pura pingsan agar mengetahui tempat Bob dan dia juga agak bahagia kerana dia tidak perlu susah mencari bukti bahawa ini semua perbuatan ibu tirinya.
'Dia sendiri yang datang ke sini, nikmati sahaja kejatuhan kau perempuan tua'bisik Hanabi di dalam hati.
Semua yang berlaku tadi telah direkod oleh Masha, kawan kepada Hanabi seorang hacker berjaya.Masha telah menerobos cctv tempat Bob dan merakam setiap perbualan mereka.
Hanabi pun berdiri dan sengaja menyedarkan dua manusia yang berada didepan nya.
"mahu kemana kamu"tanya mereka berdua serentak, terkejut mereka kerana tadi Hanabi telah diberi ubat tidur.
"membersihkan sampah"jawap Hanabi datar tanpa ekspresi.
Aku mengerling semula ke arah Bob, membuatkan dia berundur beberapa langkah ke belakang. Bob merasakan aura yang menakutkan dari Hanabi.Mulut cakap besar, tetapi pecundang.
Hanabi menghampiri dua lelaki yang menghalang laluannya.
"Ketepi" Kata Hanabi sambil merenung tajam ke arah dua orang itu.
Mereka berdua bertukar pandangan kemudian ketawa mencemuh Hanabi. Salah seorang daripada mereka datang ke hadapan, memegang bahu Hanabi dan tersengih. Nampaknya mereka selama ini merendahkan danmemperlekehkan HANABI Camelia.
"Apa boleh kau buat, huh!"
"Banyak!" Hanabi memegang tangan lelaki yang memegang bahunya dan memulasnya.
Senyuman di wajah lelaki itu bertukar menjadi cemberut, tekanan pada tangannya membuatkan dia melutut dan merenung Hanabi dalam ketakutan. Hanabi masih merenungnya dengan tatapan tanpa ekspresi, tanpa sepatah kata Hanabi menumbuk buku lima ke hidung lelaki itu.
"Argh! hidung aku! "jerit lelaki besar itu memegang hidungnya yang berdarah.
Aku memegang tangannya, membuatkan lelaki itu mengerang dan memandangku ketakutan. Menggenggam kerah baju lelaki itu memaksanya untuk berdiri.
"Ketepi!" Aku melemparkan pandanganku ke arah kawannya yang beku.
"Sa-sakit! Am-ampun, lepaslam!" rintih lelaki di hadapan saya.
Aku masih memandang lelaki yang menghalang itu lalu menumbuk lelaki itu dengan sangat kuat. Tiba-tiba jeritan memecah kesunyian malam.
"Ketepi dan berambus dari sini,kamu semua hanya sekumpulan pengecut"kata Hanabi
Lelaki itu segera melangkah ketepi dan keluar, memberi laluan kepada Hanabi.
"Le-lepaa...!" Kata-kata lelaki itu terputus apabila Hanabi menghentak buku jari ke belakang pada rahangnya,dia pun keluar dari tempat itu.
Cukup sahaja pengajaran kepada anak buah Bob kerana dia hanya di paksa untuk mengikut arahan Bob.
Share this novel