Aliya terus pergi dari situ
"Kacau je aku nak makan."
Bisik aku
Semasa Aliya dan Hana di dalam bilik persalinan
"Becinya aku."
Aliya menghentak-hentakkan meja
"Kau ni dah kenapa hentak-hentak meja. Macam orang hilang akal je."
Kata Hana yang sedang membaca buku
"Anas tu. Dia dah kahwin."
Balas Aliya dengan perasaan yang geram
"Dah tu. Kau nak suruh aku buat apa. Tumbuk dia."
Balas Hana yang tak seberapa sukakan Aliya sangat.
"Aku geram. Aku akan dapatkan Anas."
"Kau jangan nak masuk campur rumah tangga orang. Kan ada lagi pelakon lagi kacak daripada Anas tu. Kenapa kau suka sangat dengan Anas tu. Dia kan dah kahwin. Lagi pun dia tak kan suka kau."
Balas Hana geram dengan Aliya
"Sudahlah.Masa berlakon nanti aku nak sweet sweet dengan dia.Biar isteri dia cemburu."
Kata Aliya gelak jahat
"Aku tak nak masuk campur dengan kau."
Balas Hana.
"Baiklah, dengar sini semua. Anas dan Aliya awak berdua berlakon dalam watak utama dab yang lain hanya watak tambahan."
Kata Encik Amin kepada kami semua
"Baiklah."
Kata kami semua
"Aduh! Aku kena berlakon dengan perempuan tu ke. Tak apa aku dah janji dengan Rania yang aku tak akan bersweet sweet."
Bisik aku
"Hai you. Nanti kita berdua berlakon sweet tau."
Kata Aliya yang datang tiba-tiba
Aku cuma diamkan diri dan datang ke tempat Encik Amin untuk bercakap dengan dia.
"Assalamualaikum, Encik Amin."
Kata aku kepada dia
"Waalaikumusalam, ya Anas."
Balas dia
"Boleh tak kalau saya berlakon jadi watak tambahan saja."
"Kenapa?"
"Sebab saya tak suka sangat nak jadi warak utama ni."
"Baiklah."
Aku pun terus pergi dari situ dalam keadaan yang gembira.
"Hai, you. You haus tak."
Kata Aliya datang ke arah aku
"Saya tak haus."
Balas aku dan terus pergi dari situ
"Dah lah tu Aliya. Dia tak layan kau. Dia kan dah ada isteri."
Kata Hana
"Aku akan dapat kan dia.Kau tunggu je Anas."
"Suka hati kau lah. Aku malas."
Kata Hana yang tak suka dengan perbuatan Aliya.
Semasa nak balik. Aku naik kereta dan tiba-tiba saja Aliya datang ke arah aku.
"Hi You."
Kata Aliya
"Bagilah salam. Tak reti bagi salam ke apa."
Marah aku kepada dia
"Janganlah marah.I nak tumpang you boleh tak."
Kata Aliya yang membuat muka manja dia
"Tak boleh. Naiklah kereta sendiri.Kawan awak mana?"
Marah aku lagi.
"Kawan I dah balik dah. So I nak tumpang you. Boleh kan."
Aku pun cepat-cepat naik kereta dan terus tinggalkan Aliya.
"Dah lah tu Aliya. Aku hantar kau balik je.Tak payah nak tergedik-gedik nak dapatkan Anas tu. Dia tu kan dah ada isteri."
Kata Hana
"Bukan kau dah balik ke."
Kata Aliya yang terkejut melihat Hana
"Tak lah."
Balas Hana
Di rumah aku..
Share this novel