5 tahun sudah berlalu. Semasa ini, umurku 24 tahun. Kakakku sudah pun berkahwin dan aku berkerja di sebuah syarikat.Aku terkenal di syarikat itu kerana aku rajin membuat kerja dan aku juga selalu menolong bos aku.
"Anas, hari ini kamu boleh balik awal. Sebab kamu dah selalu menolong kami semua ye."
Kata bos kepada aku.
"Baiklah, terima kasih bos."
Balas aku
Di rumah, aku sudah membeli sebuah rumah. Jadi aku tinggal sorang-sorang. Lagi pun kakakku sudah pun berkahwin.
"Nak buat apa ni? Bosannya?"
Aku berbisik dalam hati
Tiba-tiba, Alif telefon aku. Alif kini menjadi seorang pencipta novel yang terkenal.
"Assalamualaikum, Nas."
Kata Alif kepada aku
"Waalaikumusalam, kenapa?"
Balas aku
"Jom pergi makan.Aku belanja kau. Nak tak.Dah lama tak lepak dengan kau."
Tanya Alif lagi
"Boleh je. Tunggu kat mana?"
"Tunggu kat restotan biasa."
"Baiklah. Bye."
Aku pun pergi ke restoran yang selalu aku biasa pergi bersama Alif.Sampai di restoran.
"Nas, sini."
Kata Alif kepada aku
"Nas, nanti minggu depan aku dah nak kahwin. Kau datang tau."
"Wah! Mestilah, aku datang. Kau kan kawan baik aku."
Balas aku dengan gembira
Kami berdua pun bersembang.
Pada minggu depan, aku datang ke rumah Alif. Tiba- tiba,ada orang terlanggar aku...
Share this novel