Pada suatu hari, ada mamat poyo yang bernama Rifqi. Rifqi adalah budak baru yang berpindah ke kelas Rania. Mereka berdua mula menjadi kawan rapat. Aku dipinggirkan daripada Rania. Aku mula cemburukan mereka berdua..
"Baiklah, murid-murid. Hari ni kita ada budak baru."
Kata Cikgu Hazri kepada pelajarnya dikelas Rania.
"Selamat pagi.Nama saya Rifqi. Selamat berkenalan."
Kata Rifqi.
"Selamat berkenalan."
Kata semua pelajar.
Ketika rehat, aku pergi ke kelas sebelah untuk makan bersama Rania. Masa ni aku tak tahu lagi yang Rania dah ada kawan.
"Hai, Rania. Ini siapa."
Aku bertanya kepada Rania sambil menunjukkan jari kepada lelaki itu.
"Oh, hi. Ini kawan baru saya. Nama dia Rifqi.Rifqi ini Anas dari kelas sebelah kita."
Kata Rania kepada aku dan Rifqi.
"Hai, nama aku Anas. Selamat berkenalan."
Kata aku kepada Rifqi.
Tetapi Rifqi tidak menjawab..
"Rania, jomlah pergi ke kantin."
Tanya Rifqi kepada Rania.
"Dengan Rania baik dengan aku sombong. Biasalah siapa lah aku ni kan."
Aku berbisik dalam hati dengan perasaan yang sedih dan cemburu.
Semasa di kantin. Rania asyik berbual dengan Rifqi macam sudah lama bertemu. Aku merasa bosan. Kakak aku tidak datang ke universiti sebab dia demam.
"Anas, kenapa awak diam je dari tadi?"
Tanya Rania kepada aku yang membuat muka monyok.
"Ahh! Tak ada apa-apa. Saya okey je. Jangan risau."
Balas aku.
"Baiklah."
Rania membalas sambil tersenyum
Semasa di rumah
"Anas dah balik."
Tanya aku kepada kakakku dan mak cik aku.
Aku terus masuk ke dalam bilik
"Anas, mari sini. Turun makan."
Tanya kakak kepada aku yang masih lagi di dalam bilik.
"Tak apa lah kak. Anas tak ada mood nak makanlah."
Balas aku
Kakak terus masuk ke dalam bilik aku
"Kau tak sihat ke. Ataupun kau ada masalah dekat universiti."
Tanya kakak aku yang sedang risaukan aku.
"Tak ada apa-apalah, kak. Anas okey je."
Balas aku.
"Ni mesti cemburu dengan Rania kan."
Tanya kakak aku lagi yang tahu-tahu saje.
"Macam mana akak boleh tahu yang Anas cemburukan Rania?"
Balas aku yang tertanya-tanya.
"Macamlah aku tak tahu. Aku kan kakak kau. Dah pergi turun makan. Jangan nak mengada-ngada."
Kata kakak dengan perasaan yang sangat geram
"Iyelah."
Balas aku yang terpaksa turun untuk makan.
Keesokan harinya. Rania dan Rifqi berjalan bersama-sama.Aku hanya tengok mereka berdua.
Semasa di dalam kelas
"Bosannya. Apa yang aku nak buat ni. Kan bagus kalau Danish ada. Buat kerja sekolah je lah."
Bisik aku dalam hati yang sudah bosan tak tahu nak buat apa.
Semasa waktu rehat..
"Anas, tunggulah."
Seseorang memanggil nama aku.
"Rania, ada apa ni?"
Tanya aku kepada Rania yang sesang berlari ke arah aku.
"Kenapa semenjak ni awak asyik tak layan saya? Apa yang saya buat dekat awak? Saya ada buat salah dekat awak ke?"
Rania menanyakan soalan kepada aku.
"Ahh! Tak ada apa-apalah."
Balas aku.
"Awak selalu cakap tak ada apa-apa tapi sebenarnya ada apa-apakan. Cakap je lah dengan saya."
Marah Rania kepada aku..
Share this novel