Keesokannya.
"Abang ni bekal untuk abang. Betul ke abang nak bawa bekal pergi kerja."
Kata Rania sambil menghulurkan bekal kepada aku.
"Betullah. Kenapa?"
Balas aku
"Sebab nanti kawan kerja abang nanti cakap apa."
"Diaorang cemburu lah tu sebab belum kahwin lagi."
Kami berdua tergelak kecil
"Abang pergi kerja dulu. Assalamuaalikum."
Kata aku
"Waalaikumusalam. Hati-hati abang."
Balas Rania
Tiba saja di tempat kerja.Aku terserempak dengan lelaki semalam lagi.
"Assalamualaikum."
Kata aku kepada lelaki itu
"Waalaikumusalam.Oh! Awah yang semalam kan. Saya lupa nak tanya. Siapa nama awak?"
Kata lelaki itu
"Nama saya Anas."
Balas aku
"Baiklah, Encik Anas. Nama saya Amin. Saya yang menguruskan mereka semua ni. Sila ikut saya."
Kata Encik Amin kepada aku sambil berjalan
Semasa Aliya dan Hana berbual. Aliya dan Hana adalah pelakon juga.
"Aliya, kau dah cakap dengan Encik Amin ke yang kita kena cari pelakon lelaki."
Kata Hana kepada Aliya
"Dah.Aku suruh dia carikan lelaki yang hensem dan bergaya. Nanti aku bolehlah terus kahwin dengan dia."
Balas Aliya sambil tergelak
"Belum kenal lagi dah nak terus kahwin."
Balas Hana yang tak ambil peduli.
"Baiklah, semua perkenalkan ini Anas. Pelakon baru kita."
Kata Encik Amin sambil menunjukkan jari dia.
"Hai, selamat berkenalan."
Kata aku kepada semua orang
"Wah! Hensemnya dia."
Kata Aliya dengan tergedik-gedik
"Hai, my name is Aliya."
Kata Aliya kepada aku
"Hai."
Balas aku yang tak ambil peduli dan terus pergi dari situ
"Sombongnya dia. Tapi dia tetap hensem."
Kata Aliya lagi
"Apa-apalah Aliya."
Balas Hana yang acuh tak acuh
Semasa waktu rehat
"Hai, Nas. Jom pergi makan dengan I."
Kata Aliya kepada aku
"Tak apalah. Saya ada bawa bekal ni."
Balas aku yang tak berapa suka sangat dengan Aliya
"Wah! You masak sendiri ke. Pandainya."
Balas Aliya yang sedang memuji aku
"Tak lah. Ini isteri saya yang masak."
Balas aku
Aliya hanya terdiam
"You're married."
Kata Rania yang tak berpuas hati
"Yes. Saya dah berkahwin."
Balas aku
Aliya terus pergi..
Share this novel