Bab 10-Berjumpa Seseorang

Drama Completed 1874

Tiba-tiba, aku terlanggar seseorang.

"Maaf kan saya.Awak tak apa-apa"
Tanya aku kepada budak perempuan tu.

"Ah!Saya tak apa-apa. Maaf kan saya."
Balas budak perempuan itu

"Macam kenal je budak ni."
Aku berbisik di dalam hati

"Adik."
Seseorang memanggil budak perempuan itu

"Kau buat apa kat sini?Jom lah balik."
Panggil kawan dia kepada budak tu.

"Ah. Baik, abang."
Balas budak perempuan itu.

"Kenapa aku rasa macam kenal je diaorang tu.Abang dia lelaki dan adik dia perempuan. Entah- entah diaorang tu.."
Aku berbisik dalam hati

"Apa yang kau tengok dari tadi?"
Alif tiba-tiba muncul

"Tak ada apa-apa lah."
Balas aku

Tahniah! Kau dah kahwin.Cemburunya aku dengan kau."
Aku mengucapkan tahniah kepada alif

"Terima kasih."
Balas Alif

"Kau bila nak kahwin."
Alif bertanya kepada aku

"Entahlah.Belum jumpa jodoh lagi."

"Iyelah, jom selfie."
Kata Alif

Keesokannya, aku mengambil cuti kerana badan aku rasa panas. Aku asyik teringat-ingatkan tentang hal semalam. Tentang seorang budak perempuan yang aku terlanggar. Aku pergi ke taman untuk mengambil udara yang segar dan nyaman.
Tiba-tiba aku ternampak budak perempuan itu sedang duduk.

"Itu bukan ke budak perempuan yang aku terlanggar dia."
Aku berbisik dalam hati sambil berfikir

Aku terus pergi ke tempat dia untuk menegur dia.

"Assalamualaikum."
Tanya aku yang memberi salam kepada budak tu.

"Waalaikumusalam.Siapa awak?"
Balas budak tu

"Oh! Saya budak yang semalam terlanggar awak tu.
Kata aku kepada budak itu

"Boleh saya tanya awak sesuatu?"
Kata budak itu

"Tanyalah."
Balas aku

"Awak, Anas?Betul tak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience