Secara tidak sengaja, aku terserempak dengan Alif dan isteri dia.
"Assalamualaikum."
Kata Alif
"Waalaikumusalam. Hai Alif. Lama tak jumpa kau."
Balas aku
"Itulah. Aku pun dah lama tak jumpa kau. Kau buat apa kat sini."
"Aku saja. Berjalan dengan isteri dan anak aku."
Sementara aku dan Alif berbual Rania dan Mira juga berbual. Mira ni kawan baik Rania.
"Kau apa khabar? Dah lama tak jumpa kau?"
Kata Mira kepada Rania
"Aku baik je. Itulah semenjak dah aku dah kahwin ni aku sibuk sikit."
Balas Rania
"Samalah aku. Anak kau dah berapa bulan."
"Bulan ni dah masuk 8 bulan. Anak kau dah berapa bulan?"
"Anak aku dah masuk10 bulan."
Balas Mirah
Kami berbual-bual dan aku perasan yang ada orang tengok perhatikan kami.
Sebulan pun berlalu dan Aliya terus mengejar aku sampaikan aku bosan dengan perangai dia.Pada suatu hari
"Hana mana Aliya?"
Kata Encik Amin kepada Hana
"Dia cakap tak dapat datang hari ni sebab dia sakit perut."
Balas Hana
"Kenapa hari ni aku rasa macam ada benda yang tak kena. Perasaan je lah kot."
Bisik aku yang berasa pelik dan hairan
"Baiklah, semua.Disebabkan Aliya tak dapat hadir. Hari ni kita balik awal sikit ye."
Kata Encik Amin kepada kami semua
"Baiklah."
Balas kami semua
Semasa dalam perjalanan aku nak pulang ke rumah. Tiba-tiba, aku ternampak kebakaran di rumah aku...
Share this novel