"Awak,Anas? Betul tak."
Kata budak perempuan itu kepada aku
"Ye, saya Anas.Awak siapa?Macam mana awak tahu nama saya?"
Aku tertanya-tanya
Tiba-tiba budak perempuan itu mengangis dan terus pergi dari situ. Aku pelik tengok budak perempuan itu.Aku terus mengejar dia.
"Tunggu sekejap."
Kata aku
Berkali-kali aku cuba memanggil budak perempuan itu. Tapi dia terus berlari dari aku. Dan aku memanggil nama dia.Budak perempuan itu berhenti.
"Rania.Awak Rania betul kan?Jawablah."
Tanya aku kepada dia
"Ye, dia Rania. Kenapa?"
Tiba-tiba seseorang muncul dari situ
"Rifqi."
Balas aku
"Kita orang akan bertunang pada minggu depan."
Kata Rifqi lagi
"Tapi korangkan adik- beradik?Adik-beradik mana boleh bertunang?"
Balas aku lagi
"Ye. Kami berdua memang adik-beradik. Tapi kau kena ingat ni. Kami berdua sebenarnya adalah adik-beradik angkat."
Balas Rifqi lagi
"Tapi, Rania cakap yang korang ni adik-beradik kandung?"
Balas aku
"Tidak. saya dan Rifqi dari kecil sebenarnya adalah adik-beradik angkat. Rifqi mengambil saya sebagai adik angkat dia.Rifqi selalu menjaga saya dan juga dia selalu menolong saya. Dan juga semasa kecil dulu kita orang dah berjanji untuk berkahwin."
Tanya Rania kepada aku
Aku terus pergi dari situ sambil mengangis. Aku terus meninggalkan mereka berdua.Pada malam itu...
Share this novel