BAB 1

Romance Completed 4361

“Aku bagai terpukau melihatnya kembali, seseorang yang sudah lama ku mengelak untuk bertemu. Aku memang masih punya janji belum tertuntas kepadanya, tapi aku memang tak dapat menepati. Perpisahan kerana emosi terjadi kerana pemikiran mendadak dan ego meninggi, aku arahkan seTidak la cara supaya aku dapat terlepas dari dirinya, lapan tahun aku jalani hidup bersama dengan ya, tanpa ada kepastian tanpa sebarang ikatan. Bahkan, cincin tipu yang sering dipakai pasangan keakasih tak pernah dia berikan padaku, selama lapan tahun aku menjalin cerita bersamanya, tak ada bunTidak mawar, tak ada bungkusan cokelat, bahkan ibu dan ayahnya juga tidak tahu akan kisahku dengan nya, setiap kali pertemuan dia selalu menanti dihujung jalan, kisahku dengan nya tidak begitu biasa…”

Hari ini, riuh rendah suanan rumah dengan kehadiran orang ramai.

Ramai yang lalu lalang, dan mereka menghujaniku dengan pelbagai persoalan yang tak dapat kujawab, mereka bertanya di mana letak bunga hingga di mana kedudukan meja perasmian, ada sedikit rasa geram dan malu pada diri sendiri.

“Echa, tolong bantu mama potong sayuran!”

“Kenapa mama tak guna servis catering je ma?”

“Eloklah tu macam tulah kalau dah lama tak pijak rumah sendiri, asyik nak buat kerja mudah je.” Perli mama.

Memang bukan rahsia lagi, aku dan maa sering saja bertelagah dan berbeza pedapat..

Selalu saja ada perbezaan yang mendampingi kami, aku pun akhirnya terhenti dari lamunanku, aku menyerah kepada wanita itu dengan ingkar pada arahannya.

Aku terdiam membisu seketika memikirkan sungguh tingginya egoku beberapa hari yang lalu, aku tak mengizinkan adikku bernikah dengan pilihan hatinya hanya kerana kepentingan ku sendiri bila mana pilihan hatinya adalah adik kepada Ardi, iaitu bekas kekasihku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience