BAB 2

Romance Completed 4361

Entahlah samaada aku patut panggil dia bekas kekasih atau sebaliknya, hubungan kami berkahir hanya kerana kebosananku dengan sikap tidak serius dan tanpa perasaan darinya.

Selama aku menjalani hubungan dengan Ardi, aku tak merasa begitu banyak memori antara kami, perkara paling romantik yang pernah dia beri hanya emoji smiley titik dua bintang di sms, hanya itu yang pernah ku raih, gilakan?

Tak pernah ada tanda peringatan pada hari-hari istimewa, tak pernah ada kucupan mahupun pelukan hangat, dia hanya menggegnggam tanganku ketika aku mahu menyeberang jalan, itupun tak ubah seperti sedang memimpin nenek tua melintas jalan, tiada kegangatannya.

Genap usia hubungan kami lapan tahun, aku mohon masa bersendirian daripadanya, aku mahu sebarang bentuk komunikasi antara kami dimatikan sehinggalah ke satu masa yang hingga akhirnya aku pasti mahu kembali padanya

“Kenapa mesti harus buat cara begini, apa tak ada cara lain lagi ke Echa? Salah aku dimana?”

“Sudah lah Ardi, stop it, jangan merayu lagi. AKu sudah bosan, ini juga demi kebaikan kita berdua.”

“Terus sekarang bagaimana?”

“Kita berpisah dulu, doakan saja aku berjaya”

“Ya baiklah, aku sedar yang selama ini kamu sudah bosan dengan aku, maafkan aku Echa gagal jadi seperti apa yang kau mahu.”

Aku melihat ada manik kaca di matanya, ingin sekali aku menarik kembali semua kata-kataku, tapi ego sudah merajai hatiku.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tak terasa aku sudah setahun di Amsterdam, aku begitu bahagia dan menikmati pembelajaranku di Amsterdam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience