BAB 3

Romance Completed 4361

Setiap hari Ardi pasti akan menghantar pesanan, tapi satu pun tak pernah ku jawab. Aku selalu mengelak online ketika dia sedang online, aku sudah tak mahu dengan nya. Aku semakin melupakannya ketika Carter mencuri hatiku, dia begitu tampan, romantik dan manis tak seperti Ardi.

Carter, diberikan aku segalanya yang aku ingini daripada seorang lelaki. Bunga mawar,, dan segala hak romantis yang selayaknya diterima oleh si gadis pesis dalam kisah nivel mahupun filem.

Setelah tamat pengajian,, aku dan Carter pun sepakat untuk mengikat tali pertuanngan dan keluarga ku pun bersetuju meskipun sebelum itu ibu tak menyetujui kerana Ibu menyangka Carter adalah orang asing padahal Carter adalah anak kacukan Malaysia dan Belanda. Kepulangan ku ke Malaysia untuk bertunang dilakukan secara diam-diam, tiada seorang pun teman tahu termasuklah Ardi.

Aku lupa akan janji dan komitmen”pisah”, aku lupakan semuanya, aku menyangkakan pasti Ardi juga sudah melupakan semua peraturan merepek yang ku buat.

Tak ada Ardi, Tak ada lagi janji aku pun memutuskan untuk mendedikasikan cinta dan hatiku ini pada Carter.

Kami bernikah beberapa bulan selepas bertunang,Lima tahun sudah, aku menjalani hidup dengan Carter, dan kami tinggal di Amsterdam. Hidupku sungguh bahagia mempunyai suami seperti Carter.

Namun panas tidak sampai ke petang,

Kehidupanku seakan kacau bilau, seperti dihempas ombak, dadaku begitu sesak ketika aku harus pulang ke Malaysia untuk menghadiri perkahwinan adikku.

“Kakak, 17hb Mac ni adik akan bernikah tau, jangan lupa pulang!”

“Ha? Serius dik”

“Betullah, cuba teka adik kahwin dengan siapa??”

“Sama lelaki lah takkan pondan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience