BAB 5

Romance Completed 4361

“Kakak, kenapa kakak sanggup buat macam tu? Cuma kerana Alex adiknya Ardi, kakak mendesak Ibu supaya batalkan pernikahan aku, Itu tak adik kak! Lahipun, abang Ardi sudah lama ikhlas rela melepaskan kakak!”

Aku tersentap kebingungan, aku memang egois.

Tapi, aku tak nak untuk menatap Ardi lagi, aku takut dia akan menagih janjiku, janji yang akan kembali lagi untuknya, aku berjanji meninggalkannya hanya untuk beberapa waktu, tapi ternyata aku sendiri yang mengingkari, aku malu pada diriku sendiri!.

Keesokan paginya, kulihat Carter di ruang tamu bagaikan semalaman dia tidak tidur di bilik.

“Sayang, tidur disini?”

“Ya, Echa !”

Aku terkejut mendengar dia menyebut namaku, sejak aku mula bercinta hingga berkahwin dengan nya, aku tidak pernah mendengar dia memanggil namaku melainkan dengan panggilan sayang.

“Sayag dah kenapa?”

“Tak ada apa Abang nak awak ceritakan pada abang!”

“Certita apa?”

“Cerita apa ya? Tanya abang pula? Kita sudah bernikah, Echa, tak usahlah sorok dan rahsiakan macam-macam perkara lagi, abang dah tahu semuanya.”

“Apa maksud abang?”

“Ardi, Echa ! Ardi ! Siapa dia?”

Bibirku bergetar, aku tak tahu harus menjawab apa, sepertinya dia membaca kiriman mesej yang dikirim oleh Alya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience