maka aku pendekkan masa itu...

Thriller Series 1283

"Okayyyyy! Bukak khemahhhhh!"

Suara Cikgu Zul memecahkan kekalutan murid-murid yang baru saja menyelesaikan aktiviti akhir untuk hari ini. Pagi ahad itu bermula dengan solat subuh berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Nordin dan sarapan pagi kami, sandwich telur dengan teh o panas. Mula saja jam 8.30 pagi, permainan mencari harta karun pun bermula. Semuanya telah siap 'set-up' dari semalam lagi. Dan permainan lanjut hingga jam 11.00 pagi sebelum murid-murid bersiap untuk menamatkan aktiviti perkhemahan.

"Tu, dah ramai parents tunggu dekat gate"

Selesai bersiap, khemah diletakkan setempat dan semua budak mula beratur untuk berjalan ke pintu pagar. Aku perhati para ibu bapa yang menanti di luar pagar dan terperasan akan sebuah kereta mewah berwarna hitam elok saja di parkir antara kereta-kereta yang lain. Sebagai peminat kereta lama, aku nampak ianya sebuah BMW 6 series E24 dua pintu. Keluaran 1976 hingga 1989. Ada seorang perempuan berkaca mata hitam berada di tempat pemandu. Usia dalam penghujung 30-an. Nampak executive pada keretanya dan berkalibel pada pemandunya.

"Lawa BM tu," aku spontan bersuara dan didengari cikgu-cikgu yang lain.

"Ohhh.. Itu lah mak si Adrian,"

Dengar saja ungkapan dari mulut Cikgu Zul, mata aku terbeliak. Aku tak nak bercakap mengenai seseorang lagi-lagi isteri orang. Tak nak cakap dia cantik ke, lawa ke, bersinar-sinar ke. Sebab tak nak lah aku bercakap macam tu kepada seseorang yang telah dimiliki. Tapi bila cikgu Zul dah cakap owner BMW itu mak Adrian Fazani. Dan aku sedia maklum status maknya, terus aku boleh cakap yang maknya memang cantik, lawa, menawan, memukau. Dan semestinya Adrian yang handsome ada ambil sebahagian kejelitaan maknya.

"Aik kau ni. Lama tenung,"

Aku mula menggeleng-geleng kepala meminta pandangan, sila behave. Kami mengiringi semua murid sampai ke pagar sekolah dan nampak Adrian Fazani berlari kearah BMW hitam itu. Aku perhati lagi. Jarak kami tak jauh sangat, jadi nampak dan dengar situasi yang berlaku.

"Adrian camping tak bagi tahu mama kan???"

Aku dengar pemandu BMW itu mula bersuara.

"Alaaa mama ni. Opah bagi je,"

"Sudah! Naik cepat!"

Aku tergamam seketika. Di balik kejelitaan itu terpacar ketegasan seorang ibu. Iya lah. Yang tahu opahnya, mamanya tak pula tahu. Aku syak mesti bising maknya pada opah setibanya dia semalam di rumah selepas menyelesaikan tugasan sebagai seorang juruterbang. Mak mana yang tak risau anak kemana-mana. Tetapi bagi aku, selagi Adrian berada di bawah jagaan opah Inshaa Allah semuanya baik belaka.

BMW E24 hitam itu mula meninggalkan sekolah. Bunyi enjin garang disertakan dengan sistem ekzos akrapovic mebuatkan aku cair. Dan pandangan aku hanya menghantar kedua-dua beranak itu berlalu pergi.

***

Hari Isnin permulaan bagi sesi harian persekolahan. Lepas saja sesi pagi tamat, aku ke pejabat sebentar untuk punch card dan menghantar beberapa lagi dokumen berkenaan pertukaran aku ke Lubok Sentosa. Ketika itu seorang pembantu tadbir sedang bercakap telefon. Apa yang aku dengar, ada aduan berkenaan salah seorang murid yang ketinggalan van sekolah.

"Siapa kena tinggal tu kak?" aku menanya selepas selesai saja panggilan itu tamat.

"Oh, Cikgu Zaini. Tak ni ada budak tertinggal van. Nenek dia telefon kata van sekolah dah lalu depan rumah tapi cucu dia tak ada,"

Aku mengerutkan dahi. "Nenek dia call? Siapa budaknya?"

"Adrian Fazani, 4 Karisma,"

Terus aku meletakkan fail dokumen di atas kaunter dan meluru keluar dari pejabat menuju ke kereta. Entah apa yang budak tu buat sampai boleh tertinggal van. Di sekolah itu ada dua gate depan dan belakang. Apa yang aku perasan van atau bas sekolah selalunya melewati gate belakang jadi aku terus menggerak kan kereta menuju ke gate belakang. Sampai di sana, sah! Si Adrian sedang duduk bersila dengan dua orang kawannya bercerita itu dan ini.

"Adrian!" aku turunkan tingkap kereta dan memanggil ketua darjah 4 Karisma itu.

"Ya, cikgu!"

"Kamu tertinggal van?"

"Ehhh? Mana cikgu tahu?"

Aku tak menjawab. "Dah, jom cikgu hantar!"

"Cikgu, Zanurin pun tertinggal van!"

Salah seorang budak yang bersama Adrian tadi mengangkat tangan. Aku menepuk dahi.

"Dah jom dua-dua cikgu hantar! Ha kamu. Tertinggal van jugak?" Aku menanya seorang lagi budak yang bersama mereka berdua ni tadi.

"Tak, cikgu. Ayah lambat sikit,"

"Dah, pergi tunggu dekat guard. Dah tak ada orang ni," aku terus memandu meninggalkan perkarangan sekolah. Sambil itu aku bertanya nak hantar siapa dulu? Adrian atau Zanurin.

"Zanurin, cikgu. Rumah dia Taman Cempaka. Saya dalam lagi,"

Aku terus menuju ke Taman Cempaka, satu daripada dua buah taman perumahan yang wujud di kawasan perkampungan itu. Jaraknya dari sekolah dalam 5 kilometer. Dalam perjalanan aku hanya mendengar dua orang budak itu berceloteh pelbagai cerita. Adrian duduk di depan manakala Zanurin bersandar di tempat duduk belakang. Seperti biasa, Adrian yang banyak bercerita. Si Zanurin menambah perasa.

"Adrian. Ayah kamu dulu bawak kapal terbang?" aku memotong perbualan dua orang budak ni.

"Ha ah, cikgu. Kapal terbang kecik. Dulu ayah selalu pergi Kedah. Hantar barang, hantar surat. Lepastu ayah kata dia dah tak meniaga. Dia jadi food delivery,"

"Ayah Adrian dulu suka merentas desa, cikgu. Adrian pun tak dapat kejar ayah dia," Zanurin menambah. Terus Adrian meluru ke belakang ingin mencubit Zanurin yang sudah terjerit-jerit menepis tangan Adrian.

"Hey dah dah. Cikgu cubit korang dua karang," kami tiba di susur masuk Taman Cempaka. Selepas menurunkan Zanurin, aku memandu lagi mengikut arah yang ditunjuk Adrian. Melepasi saja perumahan Cempaka, ada jalan kecil masuk semula ke kampung-kampung. Di situ ada lot-lot tanah yang terbina rumah di atasnya. Dalam 1 kilometer memasuki kawasan kampung itu, Adrian meminta untuk berhentikan kereta.

"Dah sampai, cikgu,"

Aku menoleh kearah sebuah rumah dua tingkat di kiri jalan. Macam tak ada orang. Hanya ada sebuah Honda CR-V.

"Itu kereta siapa?"

"Kereta mama. Tapi dah lama tak jalan. Mama selalu bawak kereta ayah,"

Jadi aku dah tahu, BMW E24 itu milik arwah ayah Adrian.

"Mama keluar?"

"Entah. Iya kot. Kereta tak ada. Pagi tadi pun tengok mama banyak bawak keluar surat apa entah,"

"Opah kamu?"

"Opah? Opah rumah dia depan lagi. Tapi tak jauh, cikgu. Jalan kaki jauh, naik basikal tak jauh. Selalu saya balik rumah opah. Ni mama dah balik, saya balik sini je lah,"

Aku hanya mengangguk. Dalam hati aku mula berbicara yang asalnya memang aku tergerak nak tengok keadaan Adrian. Maksud aku singgah di rumahnya, jumpa opahnya atau lebih tepat, jumpa maknya. Tapi itu perancangan akan datang lah. Tapi tak sangka secepat ini aku datang, itu pun pasal si budak ni tertinggal van sekolah. Jadi apa yang aku rancang untuk masa akan datang dah pun dipendekkan.

Sedang aku berkira nak hantar Adrian ke rumah neneknya, sebuah BMW hitam muncul dan berhenti di depan kereta aku. Adrian terus keluar dari kereta dan menjerit memanggil mama. Dengan aku-aku sekali keluar kereta.

"Adrian pergi mana? Opah call mama kata Adrian tertinggal van. Mama pergi sekolah tengok Adrian dah tak ada,"

Adrian hanya diam menyepi bersandar di tepi kereta. Tak semena-mena aku pun terasa seakan dimarahi. Terus Mak Adrian menghampiri aku.

"Cikgu ni cikgu Adrian ya? Saya minta maaf susahkan cikgu. Ini bukan kali pertama jadi macam ni. Saya kerja jauh kadang-kadang teringat risaukan dia. Adrian ni dia itu ini itu ini ........"

Dah aku menadah telinga mendengar bebelan mak Adrian. Sekilas aku menjeling kearah Adrian. Aku pula yang kena. Yang Adrian boleh senyum tutup mulut. Mata aku dah tak keruan sambil cakap iya puan...iya puan. Berdiri berdepan dengan mak Adrian dah macam berdiri depan actress terkenal pula.

"Jangan risau, puan ......"

"Juliana,"

"Iyaa Puan Juliana. Jangan risau, kami pihak sekolah tak teragak-agak untuk bantu sesiapa saja yang memerlukan," ayat aku auto tersusun dan berkarisma. Untuk tidak terus melalut, aku memohon untuk pulang.

"Adrian! Salam cikgu!"

Perlahan-lahan Adrian datang dan menyalam cium tangan aku. Aku dah tersengeh-sengeh terus masuk ke kereta dan memandu pergi. Mereka berdua melambai kearah aku.

"Juliana......."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience