dari foreman kepada komen, what's goin on man?

Thriller Series 1283

Aku sampai di Kampung Lubok Sentosa dalam tengahari macam tu. Saja aku balik awal sikit sebab nak re-stock barang dapur, alang-alang aku dah pau Khairul masa balik kampung hari tu untuk beli barang-barang ni. Hari ni aku balik seorang, Khairul kata nak balik petang atau lepas maghrib.

Jalan sedikit tak rata sebelum sampai kawasan yang ada kedai runcit di tepi jalan. Masa tu juga aku dengar buah limau Bali berlaga-laga dalam bonet kereta. Masa si Adrian call aku hari tu, aku tanya dia berapa biji mak dia nak. jawabnya entahlah cikgu. Jadi disebabkan 'entahlah cikgu' dia tu, aku beli 5 biji. Pandai-pandailah si Adrian, maknya dan opah habiskan nanti.

Dari jauh di hadapan kedai runcit, aku terperasan sebuah BMW hitam. Aku cam BMW ni, cumanya kali ni hud hadapan terbuka. Aku segera berhentikan kereta dibelakangnya.

"Biasalah tu, puan. Kereta lama-lama macam ni banyak aja peel dia,"

Sebaik saja aku turun dari kereta, kelihatan pemilik kedai runcit, Pak Atan keluar dengan seseorang yang sangat aku kenal sedang membontoti sambil meneguk sebotol air mineral. Ya aku dah memang berpeluh dek panas tengahari. Tapi nampak saja Puan Juliana, peluh aku makin mencurah pula.

"Eh, cikgu?"

Puan Juliana berhenti melangkah dan menyapa aku. Aku cuba berlagak tenang dan tersenyum angguk kepadanya. Relax dah lah Rozaini. Kau dah kenapa?

"Kereta ok ke, Puan?"

"Ohh..kereta ni," Puan Juliana segera menghampiri keretanya. "Saya tak pasti sebab tak pernah jadi. Kalau ada masalah pernah jadi, saya bolehlah tengok sendiri,"

Sebagai pembantu mekanik kepada ayah aku yang pernah memiliki sebuah BMW lama, aku sambil-sambil berbual, sambil mengintai ke dalam ruang hud BMW itu. Aku terpana sekejap. Dengan Puan Juliana aku terpana, dengan enjin kereta dia pun aku terpana. Sebuah enjin 6 silinder dengan cc 2.8, walaupun paling kecil dalam keluarga E24, tetapi bagi aku dah cukup gah!

"Err...dia jadi macam mana, Puan?"

"Panggil saya Juliana aja," aku diam seketika lalu mengangguk. Dah tak perlu panggil puan..puan. Adakah ini tanda-tanda positif? Apa yang positif? Aku di sini cuma nak beli barang dapur dan tiba-tiba kena jadi foreman pula. Tak lebih dari itu. Buat masa ini.

"Nak sampai dekat kedai ni tadi, tiba-tiba kereta saya mati. Tapi temperature normal,"

Disebakan ayah aku dulu beli BMW second hand dengan masalah yang pelbagai, jadi aku dapat agak beberapa kemungkinan apa yang sedang berlaku. Aku terus cek dahulu dekat bahagian ignition. Aku pulas kunci kearah 'on' dan, tiada apa-apa bunyi yang aku dengar (selalunya akan ada bunyi elektronik dua atau tiga saat). Berkemungkinan relay bermasalah. Aku pergi pula dekat fuse box dan periksa fuel pump relay, benda yg kerap rosak bagi sebuah BMW lama. Nampak pada zahirnya tak macam rosak. Aku pegi dekat kereta aku sekejap untuk dapatkan wayar lebihan aku repair wiring kereta aku sebelum ni.

Balik semula ke kereta Puan Juliana, aku cuba buat direct bypass dengan sambungkan wayar pada tempat relay yang aku dah cabut tadi. Kemudian aku on ignition key dan, akhirnya ada bunyi elektronik. Terus aku hidupkan enjin.

Puan Juliana bersorak kecil melihat keretanya berjaya dihidupkan. "Selalu kereta ni masalah dia temperature. Hari ni lain pulak. Terima kasih, cikgu,"

Aku hanya tersengih kerang busuk. "Tapi tak boleh lama ni. Sebab saya buat direct. Kena terus ke bengkel kereta cari relay baru. Fuel pump relay dah rosak,"

"Terima kasih. Ehh..ambik air. Saya belanja. Cepat cikgu nak air mana,"

Aku rasa dah macam budak-budak yang maknya suruh cepat pergi pilih air apa nak dalam peti sejuk kedai. Selesai semuanya, aku berbual sekejap dengan Puan Juliana. Tadi mula-mula sampai, rasa kekok. Ini dah macam ramah pula. Apa kena dengan kau ni Rozaini?

"Cikgu. Komen berkenaan anak saya, Adrian?"

Aku mengangkat kening. Kalau pasal Adrian, banyak nak komen. Tapi banyak positif lah. Buat masa ni Alhamdulillah budak tu tak banyak isu. Baik, sebaik budak-budak yang lain. Setakat nakal tu biasalah. Aku dulu pun nakal, aku geram dengan ayah aku, aku conteng kereta dia.

"Adrian murid yang baik, puan..."

"...Juliana. Tak perlu puan,"

Aku tersentak lalu terus mengangguk. Lupa pula dia dah pesan tadi.

"Di luar saya prefer nama. Saya panggil cikgu, cikgu..tak apa. Tapi saya lagi suka cikgu panggil saya nama saja kalau bukan di tempat yang official,"

"Tapi Juliana pilot kan?"

Puan Juliana tersenyum saja. "Jadi cikgu nak panggil saya kapten ke?"

"Kalau perlu, saya panggil,"

Terus ketawa Puan Juliana mendengar jawapan aku. Walaupun aku diam-diam suka tengok wajah dia, tetapi masih terbit rasa hormat untuk aku gelarkan dia 'puan'. Itu lah, dia macam tak suka pula.

"Baiklah, cikgu. Berbalik pada Adrian tadi. Apa komen cikgu?"

Kami mula kembali ke landasan topik asal. "Adrian bagi saya ok. Budaknya aktif. Senang dengan semua cikgu, dan pandai berkawan. Dia boleh jadi role model untuk kawan-kawan lain,"

Puan Juliana mengangguk faham. Jelas kelegaan pada wajahnya.

"Maaf, saya nak tanya. Adrian ada adik beradik lain?"

Puan Juliana menggeleng perlahan. "Adrian anak tunggal, Cikgu. Kalau boleh saya tak nak berjauh dengan dia. Tugas saya yang memisahkan kami. Nasib baik saya ada seorang mak mertua yang sangat baik. Walaupun anaknya dah tak ada, saya sentiasa dia anggap sebagai anak,"

Baru aku tau. Opah yang menjaga Adrian adalah mak kepada arwah suami Puan Juliana.

"Ini pun saya ambil cuti. Jadual saya padat, nasib baik boleh buat crew replacement. Cuti ni pun untuk saya luang masa dengan Adrian, mertua saya, dan ada urusan sikit hal arwah suami,"

Bercakap tentang suami, aku ada nak tanya pasal arwah suami Puan Juliana. Tapi macam tak manis pula. Sedang aku nak lanjut perbualan, tiba-tiba telefon bimbit dia berbunyi. Namun wajah Puan Juliana berkerut melihat paparan pada skrin telefon. Terus dia bangun dari kerusi.

"Cikgu. Mohon maaf sangat saya kena pergi sekarang. Apa pun terima kasih tolong hal kereta saya tadi. Saya pergi dulu. Yaaa hello..." Puan Juliana tergesa-gesa masuk ke kereta sambil menjawab panggilan telefon tadi meninggalkan aku yang sedang terpinga-pinga. Apa sudah jadi? Puan Juliana ada kecemasan ke? Kenapa tiba-tiba aku nak sibuk? Jam dah pukul 1 tengahari apa barang pun aku tak beli lagi.

Setelah BMW Puan Juliana memecut laju, aku mula memborong di kedai runcit Pak Atan. Aku beli beras, mee segera, kicap manis, telur sepapan, apa-apa bahan rencah, sayur-mayur sikit, ayam seekor, potong 16 tahan lah seminggu kalau selang sehari masak 2 ketul seorang. Khairul ada pesan nescafe yang mana aku tak minum. Aku peminat tegar kopi o.

Siap membeli-belah, aku masukkan barang-barang dalam bonet kereta.

Alamak...aku lupa nak pas limau Bali dekat Puan Juliana. Adakah ini alasan untuk aku bertemu dia lagi? Aku hanya menggelengkan kepala. Sudah-sudahlah wahai Rozaini. Dia cuma mesra, dengan orang lain pun mungkin sama mesranya. Kenapa kau perasan sangat wahai Rozaini? Jauh panggang dari api. Kalau panggang dengan api dah dekat sekalipun, tiba-tiba hujan turun. Dan jika dapat bawa panggang dengan api bawah bumbung sekalipun, tiba-tiba angin tiup...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience