BAB 4

Romance Completed 1141

RAMLASmemandang wajah hambar Fatiya yang kesedihan di atas keputusan
bodoh yang dibuat. Kenapa Fatiya bertindak begini? Abang Macbook juga
kehairanan.
“Kenapa Fatiya buat macam ni?” Ramlas menyoal Fatiya yang duduk di
kerusi. Abang Macbook menoleh ke arah ibunya sementara Fatiya pula tunduk
bermain dengan jari jemari.
Memang tidak manis dipandang orang anak gadis tinggal di rumah ini yang
ada anak teruna. Tapi Fatiya berkorban rasa datang ke situ.
Kelihatan Fatiya enggan menjawab pertanyaan Ramlas lalu Ramlas memandang
Abang Macbook . Abang Macbook seolah-olah mengerti maksud pandangan mata
itu. Segera dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Fatiya malu agaknya
bila Abang Macbook ada di situ.
“Tiya…” Sebut Ramlas.
“Sebenarnya, Tiya sayangkan Abang Macbook , Tiya betul-betul mencintai
anak mak cik tu. Tiya pun tak tahu kenapa.” Fatiya tidak langsung ralat
menyebut nama itu. Terkadang Abang Macbook mahu tergelak. Fatiya suka
panggil begitu.
“Tapi Tiya tak boleh buat macam ni. Nanti mak dan ayah kamu bimbang.”
Ramlas risau dengan keadaan sekarang.
“Tiya tak tahu.”
“Tiya jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Mak cik tak nak masalah
timbul dikemudian hari nanti.” Ramlas tidak mampu hendak menangkan sesiapa.
“Kalau Tiya tak dapat kahwin dengan Abang Macbook , tahulah apa Tiya nak
buat.” Kata Fatiya memeranjatkan Ramlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience