BAB 5

Romance Completed 1141

“ABANG!Anak kita terlantar di hospital besar Kuala Terengganu bang!”
“Biar! Biar dia mati. Dia dah mengaibkan keluarga kita.” Zahir marah.
Dia tidak tahu apa yang diucapkannya itu merupakan satu doa.
“Tapi dia cuba bunuh diri!” Marah Rasidah pada suaminya yang suka cakap
lepas sahaja tanpa berfikir. “Fatiya telan racun tikus! Tahu tak?!”
Sambung Rasidah lagi.
“Hah?” Zahir baru tersedar dari berkata-kata marah. Tersentak anak
perempuannya itu buat hal yang sangat keji. Kenapa nak bunuh diri? Tak
ada agama ke? Bermacam-macam yang berlegar di benaknya.
“Sulaiman call, beritahu saya.”
“Tapi abang rasa, ini macam rancangan mereka aje untuk dikahwinkan.
Budak-budak zaman sekarang penuh dengan muslihat!” Zahir tetap nak
menang. Dia berfikir lagi. Mungkin mereka sengaja mencipta alasan yang
tidak munasabah.
“Sekarang ni bukan soal jodoh yang saya bimbang, tapi nyawa anak kita.
Kita yang malu nanti bang kalau anak kita betul-betul mati bunuh diri.
Dia satu-satunya anak perempuan kita bang. Sampai bila abang nak ego
macam ni?” Rasidah mengenang air mata bimbang.
Zahir mati kutu. Sungguh tidak terduga anak gadisnya semakin melampau.
Mahu atau pun tidak dia mesti ke Terengganu!
Diberikan ilmu tapi cetek pula pemikiran. Bertindak terburu-buru tanpa
memikirkan perasaan orang tua. Memang mengharukan hidup kedua-dua orang
tuanya. Tepi kerana cinta, mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah
mengorbankan diri sendiri tanpa fikir panjang, tanpa fikir baik dan
buruk, dosa atau pahala.
“Anak kita tu macam dah tak ada iman!” Bebel Zahir.
“Tu la abang, sepatutnya abang tak perlu halang kehendak hatinya.
Sekarang tengok apa dah jadi.”
“Masalahnya sekarang, kenapa dia tak pilih orang lain je?”
“Eh! Kalau saya juga pilih orang lain, abang bahagia tak?”
“Apa awak merepek ni?” Zahir mengerling sambil bergegas mendapatkan
kunci kereta. Sempat lagi mereka berdua bertengkar.
“Saya tak merepek.” Jawab Rasidah.
“Anak kita tu memang dah pelik.” Balas Zahir.
Di dalam kereta, ada wanita berambut panjang mengurai duduk menumpang
ikut bersama ke destinasi tujuan Zahir dan Rasidah.

“TIYA,bangun…” Abang Macbook merayu-rayu supaya Fatiya sedarkan diri.
Dia menemani Fatiya yang sedang kritikal. Kenapa tergamak Fatiya
bertindak bodoh sedemikian rupa?
Fatiya masih koma. Ramlas menarik tangan Abang Macbook lalu dibawa keluar
untuk berbincang sesuatu. Sebagai seorang ibu, Ramlas dapat merasa sesuatu.
“Cakap jujur dengan mak. Apa yang kau dah buat?”
“Sulaiman tak buat apa-apa pun mak.”
“Jangan bohong mak.”
“Betul mak. Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Abang Macbook tidak tahu apa
yang dimaksudkan ibunya.

“SETUJUapa pun tidak, Fatiya tetap akan jadi milik saya, pak cik.”
Abang Macbook nekad.
“Aku tak akan walikan dia untuk kahwin dengan kau. Kau memang tak
layak.” Zahir bertengkar dengan Abang Macbook di sebuah kedai.
“Tapi saya mencintai dia.”
“Kau nak kenyangkan dia dengan cinta kau tu ke? Kau tinggal di rumah pun
nak roboh, ada hati nak kahwin dengan anak aku? Kau cerminkan diri kau
tu dulu. Kau ambil duit ni, kau tinggalkan dia. Jangan ganggu hidup
dia.” Ucap Zahir menukarkan wang dengan cinta.
“Saya tak nak wang pak cik.” Balas Abang Macbook .
“Sekarang anak aku dah tak nak ikut aku balik. Semuanya sebab kau. Dia
dah jadi anak durhaka.”
“Cuma satu aje caranya untuk pakcik lepaskan dosanya. Izinkanlah saya
yang menanggungnya pula.” Balas Abang Macbook .
“Kau jangan cakap pakai kepala lutut. Apa yang aku nak, kau jauhi anak
aku, faham?” Zahir bangun dcengan wajah kemerahan dan meninggalkan Abang
Macbook terpisat-pisat di situ.
Zahir meninggalkan Zahir cek RM20 ribu untuk menukar cinta. Wang bukan
segala-galanya. Dia tidak mahu menerima wang itu. Dia mengejar langkah
Zahir. Dia mahu pulangkan wang itu tetapi tiba-tiba dia terlihat orang
berkumpul. Cepat-cepat Abang Macbook melihatnya.
Alangkah terkejutnya, Zahir dilanggar. Kepalanya terputus tangan juga
putus. Kes langgar lari oleh sebuah kereta yang dikatakan dipandu secara
berbahaya. Fatiya masih koma tetapi Zahir pula telah kehilangan nyawa di
tempat kejadian. Bagaimana untuk dia beritahu pada isteri dan anak Zahir
nanti? Argh!
Terdapat bayang-bayang tanpa jasad di sisi mayat itu. Mereka yang berada
di situ langsung tidak perasan bayang-bayang itu milik siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience