BAB 2

Romance Completed 1141

Lima tahun lalu…

“ABANG… Tiya sayang sangat-sangat pada abang.”
“Abang juga sayang. Walaupun abang diberikan segunung emas, abang takkan
tukar awak, Tiya.” Ucap Abang Macbook .
Cinta mereka berputik ketika Fatiya perlukan bantuan. Macbook Fatiya ada
masalah saat dia perlu menghantar tugasan terakhir kepada pensyarah.
Dokumen penting ada dalam Macbook itu. Kehadiran Fatiya ke premis
perniagaan Abang Macbook mengundang cinta pandang pertama. Abang Macbook
terpesona dengan kecantikan gadis itu. Tapi sengaja menyembunyi perasaan
itu.
Bukan senang hendak memenangi hati Fatiya . Tapi lama kelamaan kerak nasi
akhirnya lembut direndam air. Percintaan terhalang oleh orang tua. Itu
biasa terjadi dan Abang Macbook mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar.
“Kau mana layak kahwin dengan anak aku!”
“Tapi saya mencintai Fatiya , pak cik.”
“Cinta dan dengan motor cabuk kau tu, mana boleh beri anak aku kebahagiaan.”
Dari jauh Abang Macbook datang dengan motosikal semata-mata merisik
sendiri si anak gadis yang dicintai. Dari Terengganu ke Segamat hanya
dengan motosikal. Sanggup meredah hujan ketika dalam perjalanan.
Sesampai di sana pun Abang Macbook demam.
Halangan itu terpaksa ditempuhi. Fatiya yang mendengar kata-kata ayahnya
terus mendakap ibu di tempat yang terlindung. Fatiya sengaja mahu
mendengar ucapan mereka dan ternyata ia mengecewakan.
“Abang… bawa Tiya pergi bang. Culik Tiya bang.” Fatiya merayu.
“Abang dah tak dapat buat apa-apa sayang.” Abang Macbook hampa. Wajahnya
berkerut seribu.
Fatiya juga terkilan. Selama ini dia terfikir ayahnya sporting tetapi
ternyata ayahnya tidak merestui perhubungan dia dengan Abang Macbook .

ABANGMacbook sibuk dengan kerjanya di kedai itu. Dia mesti menyiapkan
kerja yang tertangguh itu sehingga lewat malam. Dia tidak mahu pelanggan
tertunggu-tunggu bahkan dia mahu siap dalam waktu yang dijanjikan.
Sedang dia sendirian di situ, elektrik tiba-tiba terputus.
“Huh!” dia tiba-tiba geram sendiri. Baru nak siap tapi elektrik pula
terpusuts. Oleh itu dia mengumam geram.
Dia ambil lampu picit di dalam laci lalu dihidupkan. Dia kembali ke DB
untuk menghidupkan kembali elektrik. Sesudah itu lampu kembali menerangi
ruang kedai kecilnya.
Apa yang dia lakukan sebenarnya serba tidak kena. Semenjak lamarannya
ditolak, hati dan perasaannya tidak tenteram walaupun dia cuba
menelannya namun tetap terasa pahit. Dia mengalihkan perhatina dengan
fokus pada kerja.
Dia melangkah semula ke meja kerja dan lampu picit dimatikan. Dia
melihat jam di dinding, pukul 1 pagi. Matanya masih terang kerana tadi
dia telah bancuh secawan kopi dan meminumnya agar dia tidak cepat mengantuk.
Tidak semena-mena pintu kedai diketuk. Dia menoleh. Entah siapa yang
datang pada waktu pagi begini. Dia selak langsir tingkap, tiada orang di
hadapan pintu itu. Dia berpaling lagi dan selangkah dia maju, pintu itu
diketuk lagi.
“Siapa tu?” Tanya Abang Macbook .
Diam.
Cuaca tiba-tiba dingin menjarum tubuh. Dia mengeluh setelah merasa seram
sejuk. Tiba-tiba sahaja bulu romanya merinding. Peluh menitis laju
setelah terbit dari liang-liang roma.
Sekali lagi pintu diketuk dan dia melangkah semula mendekati pintu itu.
Pintu tidak henti-henti diketuk dan dengan perlahan-lahan dia
menghulurkan tangan untuk memulas tombol pintu masuk utama itu. Ketukan
itu terhenti dan tangan dia kaku. Dia berkira-kira sama ada mahu
membukanya atau pun tidak.
Perasaan ingin tahu membuak-buak lantas dia membuat pilihan untuk
membukanya. Pantas dia membuka pintu itu lalu dia menjengulkan kepala
menolah kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Huh! Siapa yang main-main ni? Dia
manu menutup semula pintu. Tidak diduga…
“Tolong baiki Macbook saya…”
“Hah?” Tersentak Abang Macbook awal pagi begini ada orang minta baiki
Macbook . Dia menoleh lagi tapi tiada siapa. Bila dia berpaling untuk
beredar lampu terpadam lagi. Dia segera mendapatkan lampu picitnya dalam
kesamaran malam. Cepat-cepat dia hidupkan lampu picit itu tapi saat
dihalakan lampu tersebut benda itu betul-betul sudah berdiri di
hadapannya. Rambutnya panjang, wajahnya buruk, matanya keluar darah dan
baunya sangat busuk seperti bangkai yang terbiar. Sungguh menusuk rongga.
“Pergi!!!” Abang Macbook terperanjat lalu menghalau benda itu. Dia
dikejutkan lagi dengan bunyi telefon. Ketika dia tersentak, lampu kedai
terus kembali sedia kala. Dia memandang telefon bimbit di atas meja
bersama resah dan gelisah.
Huh! Dia melepaskan nafas lega. Ibunya telefon.
“Sulaiman… kenapa kau tak balik lagi ni, mak risaulah…” Sudah besar
panjang pun Abang Macbook masih dirisau ibu. Dia banyak kerja jadi
terpaksa pulang lewat.
Lambat Abang Macbook mahu beri maklumbalas kerana jantungnya masih
berdebar. Jawapan belum diberikan.
“Sulaiman…” Panggil ibunya.
“Nanti Sulaiman balik mak, nak habiskan kerja sikit lagi ni.” Alasan
diberikan kepada ibunya.
“Jangan lewat sangat, mak tak sedap hati ni.” Ramlas menyuarakan
kebimbangan.
“Tak ada apa-apa mak…” Balas Abang Macbook .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience