BAB 3

Romance Completed 1141

“SAMPAIhati ayah buat Tiya macam ni.”
“Jadi kau nak lawan cakap ayah kau ni ke? Tiya, ayah bagi kau pendidikan
untuk kau tahu menilai tapi bukan memilih untuk hidup dengan lelaki tu.
Entah betul ke tidak dia berniaga.” Zahir tidak berkenan dengan Abang
Macbook .
“Saya yakin ayah, dia boleh jaga Tiya.”
“Ayah tak setuju kau kahwin dengan dia. Kau boleh cari lelaki yang jauh
lebih baik dari dia. Kau belum tamat mengaji lagi dekat Uitm Dungun tu!
Kenapa gatal nak kahwin, hah?!” Bentak Zahir yang geram, anaknya jatuh
hati pada orang sana dan bukannya sibuk mencari ilmu.
“Mak…” Fatiya menoleh pula pada ibunya, Rasidah. Rasidah mengeluh
seolah-olah tidak mampu membantah keputusan si suami. Kalau diukur dari
luaran, memang Abang Macbook nampak baik, tapi kebaikan sahaja tidak
cukup menjaminkan kebahagiaan jikalau tiada harta. Gelengan ibunya juga
amat mengecewakan Fatiya .
Zahir terus keluar dari rumah dan pergi entah ke mana membawa kemarahan
di dalam hati mengenangkan sikap Fatiya yang sangat degil itu.
“Kenapa ayah tak suka pilihan Tiya, mak?” Air mata Fatiya tegar menitis.
“Tiya… kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup buat ayah kau
terkilan dengan kamu? Mak faham perasaan kau tapi kenapa kau tak boleh
tunggu selepas kau tampat pengajian dekat sana dulu?” Rasidah menggosok
bahu anaknya.
“Tiya sayang dia.” Tulus ucapan Fatiya yang tidak tertahan menanggung
seksa rindu. “Sekarang ni dia tak angkat call Tiya, tak balas SMS Tiya.
Semua sebab ayah mak. Ayah dah buat dia kecewa.” Fatiya sebak.
Kedua-dua belah bahu Fatiya dipegang Rasidah. Rasidah mahu Fatiya
melihat kedalam matanya.
“Dengar sini, mana yang menjadi keutamaan kau, keluarga atau lelaki tu?”
Rasidah mempersoalkan tentang pilihan itu. Dia mahu Fatiya buat keputusan.
Fatiya diam. Jiwanya kacau. Pilihan jawapan yang sukar untuk ditentukan.
Menjadi anak tunggal dalam keluarga ini memang menyukarkan keadaan.

ABANGMacbook bermenung sendirian di kerusi malas. Sekejap dia mengeluh
melepaskan rasa kecewa. Risikan dia pernah ditolak mentah-mentah.
Fikirannya masih terganggu malah emosinya juga tidak menentu. Cerita
malam tadi juga tidak dikongsi bersama ibunya. Barangkali itu hanyalah
permainan perasaannya sahaja.
“Sulaiman…” Terdengar suara ibunya menyebut namanya.
“Ya mak.” Abang Macbook menoleh dan terus bangun dari tempat dia
bermalas-malasan di senja hari.
“Tak baik kau bermenung macam ni, Sulaiman.” Ujar Ramlas yang malam tadi
begitu risaukan anaknya yang sejak kebelakangan ini lebih banyak diam
daripada banyak bercakap. Abang Macbook mengukir senyuman palsu.
“Tak ada apa-apa mak. Bukan menung apa, Sulaiman hanya fikirkan macam
mana nak majukan perniagaan Sulaiman tu aje mak.” Abang Macbook berbohong.
“Kenapa Sulaiman nak tipu mak?”
“Eh, tak mak. Sulaiman tak tipu. Sulaiman cakap benda betul ni mak.”
Abang Macbook tetap mahu mempertahankan kepalsuan.
“Mak tahu, kau terfikirkan Fatiya .” Telahan Ramlas memang tepat.
“Hurm…”
“Sulaiman… jodoh kita dah ditentukan Allah, kalau Fatiya itu adalah
jodoh kamu, dia akan kembali kepada kamu. Tapi kamu kena redha kalau
Fatiya itu bukan jodoh kamu.” Ucap Ramlas sambil tepuk bahu Abang Macbook .
“Tapi Sulaiman rasa terhina, mak. Sulaiman akan buktikan bahawa Sulaiman
juga boleh berjaya.” Ujar Abang Macbook penuh yakin.
“Mak yakin, kamu boleh. Tapi kamu mesti ada seseorang yang boleh berikan
kamu semangat.”
“Mak adalah semangat Sulaiman.” Ucap Abang Macbook yang mengharukan hati
si ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusunya sehingga besar
panjang. Kini masa untuk Abang Macbook membalas jasa ibu kesayangan. Ayah
dah lama tak ada, kini tinggal dia dan ibu sahaja. Adiknya juga sudah
lama meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
“Abang…” Tersentak Abang Macbook dan Ramlas melihat seorang gadis berdiri
di hadapan rumahnya.
“Tiya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience