BAB 6

Romance Completed 1141

“ABANG!!!”Rasidah masih tidak dapat menerima kenyataan, suami tercinta
telah mati. Mati dalam keadaan mengerikan. Rasidah ditenangkan oleh
Ramlas. Dugaan hidup sangat perit.
“Kau bunuh suami aku! Kau pembunuh!” Rasidah menyalahkan Abang Macbook .
Tidak semena-mena orang yang membantu dipersalahkan. Sungguh perit untuk
Abang Macbook menelannya.
Malam yang cukup tegang itu mengundang resah di hati Abang Macbook . Entah
kenapa jiwanya bertambah kacau. Dia melihat jasad Zahir bangkit
terduduk. Terperanjat Abang Macbook tambah lagi dimarahi oleh Rasidah
tidak tentu hala mengatakan dirinya telah membunuh Zahir. Penat-penat
dia datang dari jauh semata-mata melawat jenazah Zahir sebelum disemadikan.
Beberapa kali lampu rumah Rasidah terpadam sendiri menyebabkan mereka
berasa sedikit panik tetapi masih meneruskan bacaan surah Yasin.
Setelah selesai pengebumian Zahir, pada malam itu juga Abang Macbook
membuat keputusan untuk pulang ke Dungun. Dalam perjalanan itu, dia
ditemani seseorang yang dia sendiri tidak tahu. Kadangkala motosikalnya
berasa berat namun dia ketepikan perasaan takut itu.

“CUKUPLAHSulaiman. Cukuplah dengan apa yang kau dah buat. Mak sudah
tidak sanggup lagi melihat penderitaan Fatiya . Janganlah kau berdendam
lagi dengan keluarga Fatiya .” Ramlas menasihati.
“Mak… Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Balas Abang Macbook di ruang tamu.
“Kenapa kau sanggup buat semua ni, Sulaiman? Kita ada Tuhan, kita mesti
mengadu pada Allah. Bukan pada benda-benda karut. Mak tahu kau
mengamalkan sesuatu yang salah. Setiap malam mak bau kemenyan, Sulaiman.”
“Apa yang mak merepek ni?”
“Mak tak merepek. Kenapa kau seksa dia sampai macam tu?” Ramlas
seolah-olah menyalahkan Abang Macbook di atas apa yang berlaku.
Abang Macbook bangun dan dia berdiri di hadapan ibunya. Riak wajahnya
tiba-tiba berubah. “Mak macam nak bela orang yang menghina saya dan
keluarga kita? Mak nak sayang dia?”
“Tapi kenapa sampai macam ni Sulaiman. Masya-Allah.”
“Mak tanya saya orang yang dah lama mati kerana bersabar?” Jawab Abang
Macbook .
“Masya-Allah, Sulaiman. Mengucap nak.”
“Sulaiman dah lama bersabar mak!” Bentak Abang Macbook sambil
menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan seperti seorang yang sedang
bercakap dengan langit.
“Tolong lepaskan Fatiya .”
“Saya mencintai dia mak. Kalau saya tak dapat dia, orang lain pun tak
boleh dapat.”
“Allahu Akbar.” Ramlas bergenang air mata.
“Saya tak akan benarkan orang lain rampas Fatiya .” Abang Macbook terus
melangkah untuk keluar.
“Kau nak ke mana?” Ramlas cuba halang. Dia bimbang kalau Abang Macbook
buat perkara yang bukan-bukan nak merumitkan lagi keadaan. Ramlas sudah
bingung. Dia mengejar Abang Macbook tetapi Ramlas tergelincir tangga.
Abang Macbook langsung tidak menyedari ibunya terjatuh.
Dia terus ke sebuah tempat berjumpa seseorang. Di situ dia rasa tidak
sedap hati. Kenapa semua ini berlaku pantas.
“Apa yang dah berlaku?”
“Kau langgar pantang.”
“Pantang?”
“Kau tengok melawat orang mati!”
“Bila saya buat macam tu?!”
“Kau jangan pura-pura lupa.”
Barulah Abang Macbook ingat dia melawat Zahir.
“Apa saya nak buat sekarang?”
“Kau tiada pilihan. Hanya menunggu derita mendampingimu.” Beritahu bomoh
berkepala botak.
“Takkan tak ada cara lain?!” Peluh Abang Macbook menitis laju. Dia
menahan debaran. Dia tidak mahu mati.
“Ada… kau tidak akan mati melainkan dia yang mati!” Kata tok bomoh itu.
“Kau tunggu sahajalah kematian dia kalau minyak itu tidak kau kembali
pada aku.” Sambung bomoh itu.
Laju Abang Macbook tinggalkan kawasan itu dan segera dia mencari tempat
ditanamkan benda itu. Tetapi malangnya tidak ada. “Mana?! Mana?!” Abang
Macbook cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience