BAB 1

Romance Completed 1141

“Hai Abang Macbook … tengah buat apa tu?” Diam sahaja dia tak
menjawab. Fatiya termenung sejenak. Abang Macbook ni buang tabiat ke?
Fatiya datang pun buat tak layan.
“Macbook saya dah siap ke belum?” Soal Fatiya wanita bermata bundar yang
suka sangat mengganggu Abang Macbook yang sedang bekerja. Dia yang
berdiri di luar pejabat Abang Macbook tu tersengih-sengih macam kerang
busuk sambil menyental rambut yang ikal mayang.
Sibuk bertanyakan Macbook nya yang dikatakan sering rosak. Oleh kerana
mahu ia dibaikpulih maka dia seringkali menghantarnya kepada Abang
Macbook . Abang Macbook pada pagi ini macam ada masalah. Wajahnya berkerut
sahaja ketika sedang pateri litar pada motherboard Macbook . Begitu serius
ketika bekerja, patutlah tidak melayani kehadiran Fatiya .
“Sampai hati tak layan kita.” Nada Fatiya merajuk.
Memang lelaki yang berambut lurus berbadna tegap itu tidak mahu melayani
Fatiya ketika kusyuk bekerja. Lagipun hari-hari dia nampak wajah Fatiya .
Sudah naik bosan. Tambah lagi, kes Macbook milik gadis itu. Bukan ada
banyak masalah apa pun tapi entah macam mana si wanita comel itu
menggunakannya pun dia tak tahu. Asyik hanging sahaja. Bila minta
digantikan hard disk, (cekera keras) Fatiya tak mahu. Katanya terlalu mahal.
Abang Macbook itu pun bangun dan melangkah ke arah Fatiya tapi sedikit
pun tak pandang Fatiya . Apa masalah Abang Macbook ni?
“Abang!” Bentak Fatiya tapi tiada respon.
“Hurm…” Akhirnya terdengar Abang Macbook mengeluh. Tersenyum Fatiya
sambil pandang wajah yang kacak dengan lesung pipit itu. Oh Abang Macbook …
“Kenapa dengan abang ni?”
“Berhenti daripada panggil aku dengan nama tu.”
“Nak panggil jugak!” Fatiya berdegil.
“Sekali lagi kau panggil aku dengan nama tu, aku tak akan layan, faham?”
“Tapi saya kan pelanggan Abang Macbook , abang kena layan saya sebab saya
tahu abang sayang saya.”
“Gila.”
“Memang saya gila. Saya gilakan abang.”
Perempuan ni meroyan ke apa? Tergila-gilakan aku ni apasal? Abang Macbook
membelek-belek fail di rak. Ia adalah untuk catatan.
“Abang cari apa?”
“Cari pasal.”
“Saya pun cari pasal. Abang cari ni, kan?” Fatiya tunjukkan fail rekod
pelanggan. Laju betul tangan gadis itu mencuri fail orang. Sakitnya hati
Abang Macbook .
“Bawa sini! Kenapa usik barang orang?” Marah Abang Macbook .
“Sebab abang dah usik hati saya.” Selamba tutur Fatiya .
Sesaknya nafas di pagi ini. Kehadiran gadis bernama Fatiya itu
membuatkan Abang Macbook kehilangan tumpuan bekerja. Awal-awal pagi sudah datang ke premis perniagaannya semata-mana nak tahu kerosakan Macbook .
Baru sahaja hantar petang semalam, pagi ini sudah nak tengok siap. Gila
ke apa? Kena ikut giliran la!
“Bila masa aku usik hati kau, hah?” Abang Macbook dah naik muak dengan
gelagat Fatiya yang tidak tahu malu itu.
“Dengan kekasaran abang. Saya suka lelaki yang garang macam abang.” Ucap
Fatiya . Dalam masa yang sama, Abang Macbook cuba merampas kembali fail
itu tetapi gagal. Laju pula Fatiya mengelak.
“Kau ni dah lah masuk pejabat aku sesuka hati. Lepas tu rampas barang
aku. Apa kau ingat kau ni pihak berkuasa ke?” Bebel Abang Macbook dengan
kening lebat terangkat.
Adakalanya perempuan ni nampak pelik. Bila sudah suka dekat seseorang
maka perangai Nauzubillah, super clingy mereka akan terserlah. Bila tak suka lagilah nampak hantunya! Masalahnya sekarang, dah kenapa minah ni asyik kacau aku?!’’ Bisik hati Abang Macbook .
“Pintu tak berkunci, jadi saya masuklah.” Begitu mudah jawapan Fatiya .
“Kalau tak berkunci main terjah aje lah ye? Apa kau fikir pejabat aku ni
rumah tumpangan ke?”
“Saya tak cakap, tapi dah macam rumah tumpangan pun. Abang tak pernah
balik rumah, kan? Abang tidur sini.” Ujar Fatiya . Segalanya diselidik. Huh!
“Wei, suka hati akulah nak tidur mana pun. Yang kau banyak cakap ni kenapa?”
“Okey, Macbook saya dah siap ke?” Fatiya ubah topik terus bertanya
mengenai Macbook .
“Ini kali terakhir aku repair Macbook kau. Selepas ni jangan rosak lagi.
Tunggu sini!”
Abang Macbook terus masuk semula ke pejabat dan mengambil Macbook
kepunyaan Fatiya . Kemudian diberikan kepada Fatiya . Fatiya letak fail di
atas rak semula kemudian mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh Abang
Macbook .
“Abang!!!”
“Apa?”
“Kenapa macam ni?” Fatiya geram.
“Apa?”
“Kenapa Macbook saya jadi macam ni?” Marah Fatiya kerana Macbook itu
barai. Ia tidak dipasang semula setelah dibuka satu persatu. Ambik
kau! Dah nak sangat. Macbook belum siap tapi sibuk nak ambil. Sekarang
rasakan.
Fatiya terus menangis . Abang Macbook terus memeluk Fatiya . Di saat
Fatiya menangis, Abang Macbook turut menitiskan air mata. Dia terpaksa
melalui hari-hari sedemikian demi membahagiakan Fatiya . Kerana terlalu
sayang dan cinta, dia rela. Rela menjaga Fatiya .
Tidak jauh dari sudut itu, seorang ibu tunggal turut bergenang air mata.
Air mata yang penuh dengan kekecewaan. Seorang ibu yang tidak mampu
berjalan. Hanya duduk di atas kerusi roda sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience