BAB 7

Romance Completed 1141

“HANYAselepas kematian Fatiya dia jadi begitu.” Ucap Ramlas kepada
Rasidah. Fatiya telah menghembus nafas terakhir di hospital gara-gara
cubaan membunuh diri.
Rasidah turut menangis teresak-esak. Dia kehilangan suami dan anak.
Ramlas juga telah lumpuh akibat peristiwa lima tahun lalu. Setiap hari
dia seringkali melihat Abang Macbook bercakap sendiri. Katanya bercakap
dengan Fatiya . Fatiya setia dengannya.
“Saya tak sangka.” Rasidah menangis lagi.
“Tolong maafkan anak akak tu, Sidah. Dia dah terpesong. Kerana dia
terlalu ikutkan kehendak hatinya. Dia terlalu mencintai Fatiya .” Ucap
Ramlas sekilas dia melihat gelagat Abang Macbook ke hulur ke hilir di
pondok buruk sebelah rumah. Rumah itu dalam halusinasi Abang Macbook
adalah tempat perniagaan.
Ramlas terkilan dengan sikap anaknya itu, Abang Macbook anak yang baik
tetapi terpengaruh dengan bisikan hati sendiri. Betapa iman anaknya itu
goyah dan tidak redha dengan apa yang dilalui sebelum ini.
“Saya tak faham kenapa dia boleh jadi macam tu, kak?” Rasidah masih
bergenang air mata.
“Selepas arwah suami kamu menolak risikan dia, maka dia hilang punca.
Sudah lama akak perhatikan dia dan bimbang kalau-kalau dia buat benda
tak elok. Sangkaan akak tepat.” Ucap Ramlas menundukkan kepala. “Dia
banyak mendiamkan diri dan tak banyak cakap.” Sambung Ramlas lagi.
Rasidah mendengar dengan penuh kusyhuk.
Ramlas mengeluh.
“Selepas tu apa jadi?” Tanya Rasidah.
“Benda tu ganggu Fatiya selepas bawa Fatiya sampai ke sini dan selepas
tu, lain jadinya. Fatiya tertekan lalu menelan racun.” Cerita Ramlas lagi.
“Benda?”
“Ya Sidah. Ada benda.”
“Apa maksud akak?”
“Minyak dagu.” Beritahu Ramlas. Terkejut Rasidah mendengarnya. Jadi
kegilaan Fatiya terhadap Abang Macbook adalah disebabkan minyak dagu!
“Pada satu malam, perangai Sulaiman pelik dan dia tergesa-gesa keluar
rumah. Akak tak sempat halang. Malangnya beginilah keadaan akak
sekarang, Sidah.” Ramlas redha di atas apa yang terjadi ke atas dirinya.
Dia kini lumpuh tidak berdaya lagi untuk berjalan.
“Sabar Kak Ramlas. Saya tak saya bahawa dugaan hidup akak juga sangat
besar. Saya dah tak tahu apa lagi nak buat kak. Sungguh hati saya sedih.”
“Sidah maafkan keluarga akak ya.” Ramlas merayu. Merayu supaya mendapat
kemaafan. Diharapkan tiada dendam dan benci bersarang di lubuk hati Rasidah.
“Jadi, apa yang buat Sulaiman kurang siuman kak? Maaf kak saya sahaja
nak tahu.”
“Sebenarnya akak yang jumpa dekat mana dia tanam benda tu. Dia tanam
dekat pokok pisang belakang rumah ni. Jadi akak ambil dan simpan dalam
rumah. Jadi dia balik rumah cari benda tu. Bila dah dapat dia telan
minyak tu sampai habis. Sekarang dia rasakan akibatnya.” Beritahu Ramlas.
Rasidah terdiam. Dia menggeleng perlahan. Lidahnya kelu seketika dan
menoleh sekilas pada Abang Macbook yang sibuk mundar mandir.
“Akak… saya juga redah kak. Akak jangan bimbang ya kak. Semua ini
kehendak takdir.” Air mata Rasidah juga tidak henti-henti menitis lalu
dia memeluk Ramlas.
Ramlas rasa lega selepas maafnya diterima. Tenang rasanya setelah
Rasidah melafazkan tiada dendam dan benci. Sebagai manusia biasa,
sememangnya tidak pernah terlepas daripada kesilapan. Jadi, perjuangan
hidup mesti diteruskan walaupun dilanda badai.
Sekarang Ramlas pula tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan anaknya
itu. Dia berserah pada takdir dan dia juga tidak henti-henti berdoa agar
Abang Macbook kembali normal dan tidak terus jadi begitu Kini Abang
Macbook sering didatangi bayangan Fatiya tidak kira masa dan ketika.

“Tolong saya…”
“Tolong saya…”
Abang Macbook mendengar rayuan itu. Segera dia membuka pintu. Dilihat
sesusuk tubuh yang mengerikan ada di hadapan. Matanya merah, rambutnya
panjang. Ditangannya ada sesuatu.
“Hai Abang Macbook … tolong baiki Macbook saya ya…” disusuli hilai tawa.
“Mari sayang… mari…” Abang Macbook gembira Fatiya datang menemaninya.
Yang dipegang Fatiya bukannya Macbook tapi . . .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience