BAB 3

Romance Completed 10100

Air mata Zara tak henti-henti mengalir sejak pertemuan petang tadi. Dia langsung tidak menyangka pertemuannya dengan Johan adalah pertemuan terakhir kerana ikatan pertunangan mereka telah Johan putuskan.

“Zara , abang harap apa yang akan abang sampaikan kejap lagi, Zara dapat terima sepenuhnya. Abang dah pun buat keputusan dan ianya muktamad” ujar Johan memulakan bicara.

“Ada apa abang?” tanya Zara penuh hairan.

“Straight to the point, sebenarnya abang nak putuskan tali pertunangan kita. Maafkan abang, Zara . Abang tak dapat teruskan hubungan ni. Kita berdua jauh bezanya..” luah Johan tanpa sedikit pun menoleh ke arah Zara . Hatinya sedih melihat riak wajah Zara namun apakan daya, dia tidak mampu lagi untuk terus memaksa dirinya menyintai wanita di sebelahnya.

“Abang, you’re just kidding, right?” ujar Zara mula sebak. Air mata sudah bertakung, menanti untuk mengalir ke pipi.

“I’m so sorry, Zara“

“Senang abang minta maaf. Habis, macam mana persiapan perkahwinan yang kita berdua sedang lakukan sekarang?”

“Kita cancel je..”

“Mudah betul abang buat keputusan tanpa berbincang dulu dengan Zara ..” ujar Zara lemah.

“Abang betul-betul minta maaf”

“Abang, boleh Zara tahu apa kesalahan yang Zara dah lakukan hingga abang buat keputusan sebegini?” Zara sangat sebak memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya, membuatkan Johan mula tawar hati dengannya.

“Biarkan perkara tu abang simpan sendiri. Abang tak nak mengeruhkan lagi keadaan” Zara benar-benar kecewa mendengar jawapan dari mulut Johan . Saat itu juga, Zara berlari meninggalkan Johan . Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

“Kau apa hal buat macam tu kat Zara ? Aku tahu la kau tu tunang dia, tapi kau tak boleh sesuka hati kecewakan dia sampai macam ni sekali. Aku tak boleh terima!” jerit Fairul . Dia terus mendapatkan Johan selepas melihat Zara berlari pergi dengan air mata.

“Aku minta maaf. Biarkan soal ni antara aku dan Zara saja yang tahu. Kau tak perlu la masuk campur” jawab Johan dengan wajah tenang.

“Kau!” tanpa sempat Johan mengelak, satu tumbukan padu daripada Fairul tepat mengena di wajahnya.

Johan memandang Fairul dengan mata yang tajam dan wajah yang sudah merah menahan marah.

“Kau dengan Zara sama je. Brutal! Zara tu memang tak layak la dengan aku, kau tahu tak?!” jerit Johan dengan lantang.

“Kalau ye pun Zara tu brutal, kenapa kau tetap nak tunang dengan dia dulu?!” Johan mula menunduk.

“Aku fikirkan lepas kami tunang, dia akan berubah jadi lebih lemah-lembut. Rupanya aku silap. Aku..”

“Kau takkan dapat ubah dia, Johan !” celah Fairul tanpa sempat Johan menyambung kata-katanya.

“Walaupun Zara tu nampak brutal, tapi dia tu baik, ada perasaan! Bukan macam kau! Berlagak je lebih! Selama ni kau buta agaknya! Tak dapat nilai Zara betul-betul! Menyesal aku sokong dia bertunang dengan kau dulu!” Fairul benar-benar marah mendengar alasan dari mulut Johan . Tanpa banyak bicara lagi, Fairul pun melangkah pergi dengan hati yang sebal.

“Aku tak dapat maafkan kau, Johan . Kau dah buat Zara kecewa dan derita..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience