BAB 2

Romance Completed 10100

Lagu nyanyian Ed Sheeran perfect kedengaran dari handphone Zara . Tanpa memandang nama yang tertera pada skrin handphone, Zara lantas menjawab panggilan bahagia itu.

“Assalammualaikum bang. Ada apa call Zara time ni? Mesti abang Rindu ye?” ujar Zara dengan senyuman bahagia, entah kenapa hatinya berbunga-bunga.

“Hurm Zara , abang ada sesuatu nak bincangkan dengan Zara . Zara habis kelas pukul 5 petang kan? Lepas tu ada kelas kea tau nak ke mana-mana ke? Boleh kita jumpa petang ni? Abang pick up depan guard house?” ujar Johan , tunang Zara sejak 8 bulan yang dulu.

“Nak jumpa petang ni? Ok. Zara pun free lepas habis kelas petang nanti” ujar Zara sambil melihat jam di tangannya yang menunjukkan angka 9. Walaupun timbul sedikit kehairanan dan persoalan dalam hatinya, dia tetap bersetuju. Johan jarang call waktu begini melainkan ada hal yang sangat penting sahaja.

“Bagus. Sayang tunggu abang, nanti abang datang ambil. Ok, sayang. Abang tak boleh borak lama-lama. Kejap lagi abang ada meeting. Take care, sayang. Salam..”

“Salam..” Zara hanya merenung handphone dalam genggamannya.

“Perkara apa la agaknya yang abang Johan nak bincangkan petang ni. Huh..” keluh Zara perlahan.

“Hai, my sweet lovely Zara

“ tegur Fairul lalu duduk di sebelah Zara . Bagi Fairul , Zara mmg seorang gadis yang lasak namun hanya yang mengenali Zara sedalamnya saja yang akan tahu di mana kelembutannya. Oleh sebab itu la dia sangat selesa dan sayangkan Zara .

“Hai..” ujar Zara lemah.

“La.. kenapa ni, Zara ? Kau nampak monyok je. Kalau kau ada masalah, kau cerita la kat aku. Aku kan kawan baik kau”

“Abang Johan ..”

“Hah, kenapa dengan tunang kau tu?”

“Dia call aku tadi. Dia nak jumpa aku petang ni..”

“Eh, Zara . Kau ni pelik betul la. Orang lain bukan main excited kalau tunang call. Yang kau pulak aku tengok tak happy pun”

“Bukan tak happy tapi aku rasa tak sedap hati. Aku rasa abang Johan nak sampaikan berita yang menyedihkan la”

“Kau ni tak habis-habis nak fikir negatif. Dia nak jumpa kau sebab dia rindu kat kau. Macam aku takpe la. Hari-hari dapat jumpa kau. Betul tak? Dia just nak bagi suspen je tu. Kau jangan risau sangat ok?” pujuk Fairul .

“Hati, sabar banyak-banyak. Kau lelaki, kau mesti kuat. Jangan lemah dengan perasaan sendiri. Zara , kau tahu tak aku sayang sangat kat kau? Jangan la kau sedih macam ni. Aku bertambah sedih sebab biarkan kau dengan si Johan tu” keluh Fairul dalam hatinya.

“Thanks, Rul. Kau selalu ada di saat aku sedih macam ni” Zara dengan cepat menyeka air mata yang berada di tubir mata.

“It’s ok. I will always by your side, honey. Hehe.. Dah la tu. Tengok! Siap nak nangis pulak. Dah tak cun, my sweet lovely Zara . Tak lama lagi kau dengan dia kan dah nak kahwin. Tak silap aku 2 bulan je lagi kan?” ujar Fairul dengan senyuman walhal dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu saat itu.

“Yup, that’s right. Kau doakan la aku dengan dia bahagia hingga akhir hayat ye?” Fairul mula senyum tawar.

“Insya-Allah kau dengan dia bahagia selamanya. Amin..” pedih hatinya tatkala meluahkan ayat begitu.

“Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau, Zara“

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience