BAB 6

Romance Completed 10100

“Assalmua’laikum..ibu” Zara sudah sampai di kampungnya. Tanpa berlengah, terus dicapai tangan ibunya lalu dikucupnya.

“Ibu, apa khabar? Abah, abang dengan adik mana? Rindunya Zara kat semua..” ujar Zara lirih.

Hampir 3 bulan lamanya dia tidak pulang ke kampung. Bukan kerana merajuk, tetapi sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dia telah pun mendapat pekerjaan sebulan yang lalu. Dapat dia membantu keluarganya walaupun kakak sulung dan abangnya sudah lama membantu.

“Waa’laikummussalam.. Zara . Alhamdulillah ibu sihat. Mereka semua ke kebun abah. Biasa la, hari minggu macam ni,ke mana lagi abah Zara tu. Eh, Zara bawa Rul? La.. jemput dia masuk” ujar ibu Zara sambil tersenyum.

“Jemput masuk, Rul” pelawa Zara . Fairul tersenyum lantas turut mengucup tangan ibu Zara .

“Zara balik sini berapa hari? Lama-lama la kat sini ye? Ibu dah lama tak jumpa dengan Zara , berbual-bual macam dulu” Puan Sofia masih tersenyum.

Terimbau kembali kenangan dulu-dulu sewaktu anak daranya itu masih di peringkat awal dewasa. Sudah jauh beza Zara yang dulu dengan di hadapannya kini. Zara kini sudah bertudung dan penuh kelembutan. Sebagai ibu, dia bersyukur atas perubahan itu namun dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu, masih menyimpan perasaan duka akibat peristiwa 3 tahun dulu.

“Ibu, maafkan Zara . Zara balik ni sebab nak berbincang hal yang ibu maklumkan dalam telefon baru-baru ni..” ujar Zara perlahan sewaktu berada di dapur. Dia bimbang Fairul mendengar perbualan mereka.

“Maafkan ibu juga, Zara . Ibu dan abah terima lamaran mereka tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Zara . Mereka tetapkan tiada majlis pertunangan diadakan. Zara terima?” tanya Puan Sofia. Dia bertindak sedemikian kerana dia tidak mahu lagi Zara mengenangkan Johan . Tambahan pula, Johan telah pun berkahwin 2 tahun lepas.

“Ibu, Zara tak mahu jadi anak derhaka. Walaupun Zara tak kenal pun siapa orangnya, tapi Zara percaya pilihan ibu dan abah adalah pilihan terbaik buat Zara kerana penuh dengan restu” ujar Zara tersenyum. Dia bertekad untuk turut menerima lamaran itu. Baginya yang penting adalah restu orang tua, bukan cinta semata-mata. Cinta dapat dipupuk selepas kahwin seperti ibu dan abahnya.

“Alhamdulillah.. terima kasih, sayang. Ibu sangat bersyukur dan gembira kerana Allah kurniakan seorang anak yang sangat baik dan cantik seperti Zara

“ mereka berpelukan dengan penuh kesyukuran. Air mata yang menitis menandakan kegembiraan yang lahir dari hati mereka.

“Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu menghadapi semua dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran supaya aku dapat menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan dekat pada-Mu. Aku tahu semua yang berlaku, pasti ada hikmah yang terbaik buat ku. Amin..” doa Zara dalam hati, hatinya menangis namun harapan dan percaya pada ketentuan dan perancangan Allah memberi kekuatan untuknuya.

Fairul yang berada tidak jauh dari mereka telah pun mendengar segala perbualan antara Zara dan ibunya. Bukan niat di hatinya untuk mencampuri hal mereka, tetapi sebagai kawan baik, dia juga mahu melihat Zara bahagia kerana kebahagiaan Zara adalah kebahagiaan dia juga.

“Syukur, Alhamdulillah.. Zara , tahniah!” ujar Fairul dalam hati. Matanya pun mula digenangi air jernih tanda dia juga turut gembira dan bersyukur. Dia juga sebenarnya turut akan mendirikan rumahtangga bersama permaisuri hatinya tidak lama lagi. Dia akan memberitahu hal itu kepada Zara kemudian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience