BAB 5

Romance Completed 10100

“Zara , ada rombongan datang merisik dengan meminang pagi tadi. Maafkan ibu, Zara . Ibu dah terima pinangan mereka tanpa bertanya pada Zara terlebih dulu” Zara hanya mampu mengeluh.

Kejutan pagi tadi pun masih belum hilang, ditambah pula dengan panggilan dari ibunya sebentar tadi. Dia harus pulang ke kampung untuk mengetahui hal ini dengan lebih jelas.

Dia tidak mahu kisah 3 tahun dulu berulang kembali. Pahitnya masih terasa, lukanya masih belum sembuh dirinya direject oleh tunang sendiri pada masa itu.

“Zara , please come into my room right now” kedengaran suara Fairul di hujung interkom.

“Yes, bos” tanpa membuang masa, Zara terus bangun dari kerusi empuknya.

“Come in” arah Fairul . Zara berjalan perlahan ke arah lelaki itu tanpa memandang lama ke arahnya.

“Ada apa, Fairul ?” tanya Zara perlahan.

“Zara , kenapa dengan kau ni? Sopan semacam je aku tengok. Hei, aku bukan pakwe kau la. Tak payah nak malu-malu atau segan dengan aku.kita kan dah lama kawan”

“Err.. Zara .. err.. aku..”

“Alamak, aku nak bahasakan diri aku apa pulak ni..” detik Zara dalam hatinya.

“Tengok tu, gagap pulak dia” usik Fairul .

“I’m really sorry. Aku tinggalkan kau dulu tanpa pesan. Tapi percaya la dalam hati aku, tak pernah lupakan kau” ujar Zara seraya menunduk.

“Zara , aku ok la. Asalkan kau selalu berada dalam keadaan baik, itu dah buat aku tenang. Aku sayangkan kau. Kau kan, my sweet lovely Gangster.”

“Terima kasih..”

“La.. kau ni kenapa pulak? Aku tengok monyok semacam je. Tak suka ke kerja kat sini?” tanya Fairul bimbang.

“Tak la. Aku suka kerja kat sini. Walaupun agak terkejut sebab kawan baik aku yang dulunya hanya tahu nak tackle perempuan je, dah pegang jawatan besar dalam syarikat besar macam ni. Bos aku pulak tu! Tak sangka langsung” mereka ketawa serentak.

“Tapi kenapa aku dapat kesan sesuatu kat muka kau?” ujar Fairul setelah ketawa mereka mula reda.

“Rul, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu aku baru lagi di sini tapi aku ada hal mustahak kat kampung tu. Sangat-sangat mustahak. Aku ingat aku nak minta cuti dalam seminggu. Boleh? Nak potong gaji pun aku tak kisah” Zara meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.

“Ermm.. dah lama aku tak dengar panggilan ‘Rul’. Baiklah, kau boleh cuti. Jangan risau, gaji kau tetap seperti biasa. Cuma..”

“Cuma? Cuma apa?”

“Aku nak ikut kau balik kampung jugak, boleh? Aku dah lama tak jumpa ibu Sofia. Kau tahu kan, ibu kau pakar masak. Aku terasa nak makan ketam masak lemak cili padi. Boleh la, Zara ..” rayu Fairul . Zara hanya menggeleng melihat perangai temannya yang masih sepeti dulu.

“Ye la. Kau boleh ikut. Macam budak-budak” Fairul hanya tersengih mendengar omelan Zara .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience